Bila lagi?

by 8:52 PM 0 comments

Tanggal 12 Rabiulawal 1433 atau ianya juga di kenali sebagai 5 Febuari 2012 yang akan datang tak lama lagi iaitu Sambutan Maulidur Rasul yang mana ianya di sambut setiap tahun.Untuk yang tak tahu apa itu Maulidur Rasul,korang boleh klik Di SINI...

Saya pasti,ketika kita di bangku sekolah,kita tidak lepas untuk mengikuti PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL yang sering kali di anjurkan di setiap daerah kan.Siap dengan pakaian baju melayu bagi yang lelaki.Manakala yang perempuan plak cantik dengan pakaian yang sedap mata memandang iaitu berbaju kurung dan bertudung.

Tetapi kini?kemana hilangnya semangat kita seperti dahulu.?Biarpun kita sibuk dengan kerja seharian,sibuk menguruskan perniagaan,sibuk dengan kendalian program muzik,janganlah kita lupa akan program ini yang kurang dapat sambutan dari belia belia kita di zaman sekarang ini.Lebih lebih lagi belia yang aktif di bidang muzik...

Sekadar gambar hiasan
Saya ingin mencadangkan kepada pemuzik pemuzik yang beragama islam terutama sekali yang berada sekitar Kota Kinabalu agar kita tubuhkan satu kumpulan yang akan menyertai perakaran ini.Rasanya masih ada masa untuk kita sertainya dengan mendaftar dengan pihak Jabatan Agama Islam dan bertanyakan akan program ini.

Tak perlulah kita membawa SEPANDUK atau berpakaian seragam.Memadai dengan memakai baju melayu bagi lelaki dan berbaju kurung bagi wanita.Ini juga adalah satu program yang murni dan harus kita jadikan program wajib setiap bulan bagi mereka yang aktif dalam aktiviti muzik.Kita juga boleh mengajak keluarga kita untuk sama sama menyertai perakarak ini.Secara tak langsung ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan hubungan peserta sesama islam.

Harap artikel ini dapat SOKONGAN dari pembaca yang SUDI dan terbuka hati untuk sama sama menyertai prigram perarakan ini.Insyallah,saya cuba mendapatkan info dari pihak yang sepatutnya secepat mungkin.


p/s
kalau ramai yang setuju,kita akan buat satu perjumpaan untuk meriaisasikan acara ini yang bakal berlangsung minggu hadapan.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..