Perginya seorang EMCEE

by 10:53 PM 0 comments

Mendiang  Cliff Hansley
Rasanya tak  puas bila melihat persembahan dari mendiang iaitu Cliff Hansley yang telah meninggalkan kita buat selamanya akibat serangan asthma (penyakit ampus).Ini saya ketahui di awa pagi tadi melalui seorang teman karibnya iaitu Kudiq melalui panggilan talifon.

Saya tak nak bertanyakan panjang lebar,cukup sekadar mendapatkan kepastian akan berita yg saya terima seawal pagi tadi.Dan memang sah,dimana ketika saya membuat penggilan tersebut,kudiq berada di hospital Queen.

Rap Soul (di tengah mendiang Cliff Hansley)
Pada september lepas Mendiang Cliff Hansley sempat membuat persembahan bersama sama kumpulannya iaitu Rap Soul dalam program Onlinefm Big Jamm.Aku sendiri sempat berbual seketika bersama mendiang bertanyakan tentang  next projek.

Nampaknya aku tak sempat nak dengar suaranya dalam masa akan datang.Dan biarpun hanya seketika,aku memang suka akan suaranya bila beliau membuat RAPPING terhadap lagu lagu yang mereka dendangkan pada masa itu.



Apa apa pun,saya ingin ucapkan salam takziah pada keluarga mendiang Cliff Hensly dan juga teman karibnya dalam kumpulan mereka iaitu Rap Soul terhadap pemergian tanpa di sangka sangka ini.Yang pasti lagu lagu nya akan tetap dalam kenangan untuk selamanya... 

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..