Tahun 2014
Sedar tak sedar, dah masuk bulan Mac 2014. Dan yang paling menyedihkan dimana saya sendiri kena akui yang saya tak dapat bahagikan masa antara komitment di Onlinefm dan di blog sendiri.
Lihat sahaja blog yang dahulunya sentiasa UPDATE dengan artikel dan bahan bacaan baru yang mana berkongsikan cerita mengenai scene muzik di Sabah khususnya.
Tetapi, secara umumnya tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit sebagai seorang aktivis muzik indiependent.namun, walaubagaimanapun, saya tetap nak teruskan usaha menaikkan lagi pemuzik serta karya ini di mata orang awam.
Alhamdulullah, langkah pertama yang saya rancang telah pun berjaya di laksanakan iaitu Bazzar Music Fest .Iaitu sebuah program yang menggantikan nama KK BUNDLE FEST.Alhamdulillah, sambutannya boleh tahan walaupun jumlah pengunjung tak seramai KKBF tahun lepas.Namun, ianya tidak menjatuhkan semangat kami selaku penganjur.
Lepas ini,kami akan cuba perbanyakkan lagi program yang mana diselitkan dengan gerai jualan serta persembahan LIVE STAGE.Dimana tahun ini,kami akan bawakana kempen "SUPPORT LOKALBAH".
Bermaksud, kami mengajak warga sekeliling untuk turut sama memberikan sokongan terhadap pemuzik tempatan serta perniagaan jenama tempatan yang mana di usahakan oleh belia/beliawanis yang berbakat besar dalam bidang ini.
Harap, kempen ini dapat sokongan anda diluar sana.Dan diharap anda dapat sentiasa update dengan program program yang bakal kami anjurkan melalui laman web rasmi kami iaitu www.onlinefm.net.my serta laman media sosial kami iaitu fb/on9fm
BRo Langau
Penulis BlogBlog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..