by
10:31 AM
0
comments
Avail Record
BRo langau
cowboy bar
Emcee
gigs
Indie Band Sabah
punk
The Retrock
Menurut sumber, nama Avail record adalah satu nama yang agak besar suatu ketika dulu.Boleh dikatakan sekitar tahun lewat 90an.Dimana lable ini bertapak di daerah Tuaran kalau saya tak silap.Ianya diasaskan oleh seorang mamat yang memang minat dan suka dengan muzik khususnya musik keras.Keras yang macamnana tu,saya kurang pastilah.
EIM Hasrat ataupun Eim Magniside adalah nama yang sudah dikenali oleh mereka mereka yang membesar ditahun lewat 90an.Dialah orang yang bertanggungjawab dalam Avail record ini yang mana dengar cerita antara orang pertama yang membawa masuk band band antarabangsa ke sabah sekitar tahun 90an (kalau saya silap,harap perbetulkan).
Eim telah lama menghilangkan diri atas sebab yang tidak diketahui.Akan tetapi,tanggal 5 Mei 2013 adalah satu tarikh yang anda harus siap sedia.Kerana dia akan kembali dengan hidangan daripada jepun iaitu kumpulan VIVISICK.Sebuah kumpulan PUNK HARDCORE yang akan membuat tour di sabah selama 5 hari dan 5 Mei tersebut adalah hari terakhir mereka berada di Sabah.Menurut jadual,VIVISICK akan membuat show di Keningau, Ranau & Sandakan dan Kota Kinabalu adalah penutup road tour mereka.
menurut cerita member, VIVISICK ni pernah sekali datang ke Kota Kinabalu.Dan ada beberapa pengakuan daripada band band KK yang pernah 1 stage dengan mereka menyatakan bahawa band ini memang HEBAT dan rugilah sesiapa tak datang.Kehebatan mereka dari segi showmanship yang bertenaga dan corak persembahan yang pastikna akan memukau peminat muzik PUNK di Kota Kinabalu khususnya.
Jadi,dipendekkan cerita, sila bulatkan di kalendar anda iaitu 5 May 2013,jam 1 petang di Cowboy Bar.Tiket akan dijual di pintu lokasi seawal jam 12 tengahari.Harga tiketnya adalah RM35 + POSTER (limited edition).Jadi,mulai sekarang,anda bolehlah mengumpul duit untuk mendapatkan tiket ini dan menyaksikan persembahan dari band Jepun ini.
Bukan itu sahaja, AVAIL RECORD juga tidak melupakan tanggungjawab mereka terhadap scene tempatan,dimana 6 buah band lain telah tersenarai dalam memeriahkan lagi suasana gigs tersebut.Salah sebuah band yang bakal menjanjikan persembahan mantap pada hari tersebut adalah band Rock & Roll Jessselton tak lain dan tak bukan The Retrock.
Mereka bakal membawakan beberapa buah lagi hits mereka serta lagu terbaru mereka yang masih berada di dalam OVEN dan menanti untuk dihidangkan kepada fans mereka.So,kepada peminat The Retrock,apa tunggu lagi, Bring it on some rock & roll dude..:)
Avail record juga telah memberikan peluang kepada saya untuk menjadi EMCEE pada gigs ini.Alhamdulillah, ada juga pihak yang sudi memberikan job as EMCEE dalam gigs.Sebelum ni,saya juga telah mendapat kepercayaan dari penganjur "Reunion Rock Kapak" beberapa bulan lepas.kini masanya untuk mengendalikan genre PUNK pula.Harap ianya berjalan dengan lancar dan dapat feedback dari crowd yang bakal hadir.