The Fingers & Rialiti TV
Sentuhan Ikon sepertimana yang kita tahu adalah sebuah rancangan TV yang berbentuk realiti.Bermakna,ianya memerlukan penonton untuk mengundi siapakah yang penonton minat.Alah, dah jadi trend zaman ini.Siapa banyak duit,dialah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang.Rasanya anda juga sedia maklum kan..:)
Mungkin ramai yang dah tahu,band mana yang telah menyertai program ini.Tapi,tak mustahil ada juga yang tertanya tanya siapakah yang terpilih atau berjaya masuk keperingkat separuh akhirkan.?Ok,kebetulan salah sebuah band baru sahaja selesai proses rakaman di semenanjung malaysia.Dimana mereka satu satunya band dari sabah yang layak melepasi saringan pertama.
LIFETIME.RESPECT antara salah sebuah kumpulan yang mencuba nasib dalam program realiti tv ini.saya juga tak tahu yang mana mereka telah terbang ke Kuala Lumpur untuk memcuba nasib dalam sessi ujibakat yang mana berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya, Shah Alam.
Menurut sumber,mereka tidak dapat memenuhi keinginan juri yang mengadili sessi ujibakat tersebut.Dimana tahap yang diharapkan oleh juri adalah tinggi dan sangat sukar dikecapi oleh mana mana kumpulan yang ingin mencuba nasib.Memang benar,bukan mudah nak jadi popular dan dengan cara mengikuti program sebenigi rupa,kumpulan kumpulan tersebut dapat menimba ilmu yang mana ianya bukan semua orang boleh memperolehinya.
Kumpulan LifeTime Respect terpaksa akur dengan keputusan juri dan mereka telah kecundang di peringkat ini.Bermakna,mereka telah pulang ke sabah dengan perasaan sedikit kecewa.Tapi,itu tidak menjatuhkan semangat mereka untuk mencuba lagi di tahun hadapan.Atau di mana mana program berbentuk live band.Apa pun,tahniah kepada gavin dan line upnya atas keberanian menyahut cabaran program ini.
Selain lifetime respect, ada lagi sebuah kumpulan yang ingin mengejar impian mereka.kumpulan yang saya maksudkan adalah kumpulan Parigi yang mana band ini berasal dari Pulau Labuan.Actually saya suka lagu dari mereka ini laltu Epolig Kasih Kita dimana lagi ini pernah keudara di onlinefm suatu ketika dulu.
Parigi juga telah menyahut cabaran untuk menghadirkan diri ke lokasi ujibakat di Shah Alam tersebut.Kelihatan mereka cuba membuat persiapan sebaik mungkin.Ini kelihatan status di page mereka.Memang mereka bersungguh singguh untuk melangkah setapak lagi untuk berjaya dalam minat yang mereka ceburi iaitu Muzik.Walaupun mereka ini berada di Pulau yang kecil,tetapi,nama mereka sudah dikenali di luar dari tempat asal mereka.Almaklumlah,kecanggihan dunia internet lah katakan.
Mungkin bekalan yang mereka bawa ke Shah Alam itu tidak cukup dan tidak menepati citarasa pihak juri.Dimana mereka juga telah kecundang di peringkat ujibakat.rasanya mereka dapat menerima komen komen dari juri yang bertugas.Perasaan sedikit kecewa dan hampa telah menyelubungi band ini.Akan tetapi,itu bukannya penghalan mereka untuk terus maju.Kerana peluang untuk berjaya ada dimana mana.Hanya dari usaha sesebuah band itu sahaja yang harus di ingatkan.
The Fingers adalah satu satunya kumpulan yang layak melepasi ujian saringan.Band yang berasal dari Kota Kinabalu ini telah mempertaruhkanb masa & wang ringgit untuk mencuba nasib di kuala Lumpur demi mengejar Impian mereka.Rasanya lagu single mereka memang kena dengan misi mereka kali ini iaitu mengejar Impian untuk berjaya di persada seni tanah air.
The fingers telah layak keperingkat separuh akhir dimana mereka dan beberapa buah kumpulan lagi telah ditempatkan disuatu tempat yang mana mereka semua tidak boleh berhubung dengan dunia luar,termasuk dunia marikh mahupun pluto.
Dalam masa seminggu lebih tersebut,mereka yang layak keseparuh akhir tersebut telah menerima beberapa tugasan dan aktiviti mereka telah dirakamkan oleh station TV.dah namanya program realiti,kena rekodlah tu.untuk tatyapan para penonton dalam masa terdekat ini.
Saya berpeluang mencungkil sedikit maklumat keadaan mereka didalam tahanan tersebut.hahaha,mula mula mereka katakan yang penginapan mereka memang mantap.dan yang paling mantap kata wan kibot adalah WARDEN yang menjaga mereka iaitu seorang gadis yang memang cantik.Shuib ada begambar tu.cuba tengok di Fbnya.Lawa woooo...
Macam nilah,kalau nak tahu lanjut apa yang berlaku semasa proses rakaman dibuat,kamu tanya sendiri dengan anggota kumpulan The fingers.Sebab saya juga tak sempat nak korek maklumat dari si wan sama ramzul ni.Masa tak mengizinkan.
Dari itu,kepada peminat kumpulan The fingers,jangan lupa untuk menyaksikan rancangan SENTUHAN IKON setiap sabtu pada jam 3pm.Disana anda akan diberitahu apa yang berlaku dan cara untuk menggundi band tersebut.
Kalau anda sayangkan The Fingers,supportlah mereka dengan cara undian SMS.tapi,yalah.dengan cara ini sahaja kita akan tahu siapakah yang menjadi juara.dah namanya dunia realiti yang dipengaruhi oleh SMS.Apa pun,kita tengok muka si wan kibot dalam TV..:P
BRo Langau
Penulis BlogBlog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..