Inginku Rejam Raksasa Kejam
Perghh,bleh tahan tajuk Gigs kali ini.Seolah olah ada pertarungan Ultraman menentang Raksaksa besar.Rileksss Bro,itu sebenarnya adalah salah satu ayat yang direka oleh penganjur untuk gigs yang bakal mereka adakan.
Gigs kali ini dilakukan selama 2 hari dan bertempat di dua buah lokasi yang berlainan.Akan teapi,penganjurnya tetap sama iaitu Shutdown Zine.Mungkin ada yang tertanya tanya bagaimana boleh ada 2 gigs dilakukan secara berterusan tanpa rehat.Haaa,inilah kelainan yang ditampilkan oleh penganjur ini.
Tanggal 25 Ogos,gigs ini akan berkampung di Keningau dan kesokkan harinya mereka akan berkampung plak di Ranau.Penganjur telah menyatakan yang kedua dua gigs ini adalah NON PROFIT SHOW dimana mereka satu hati nak menganjurkannya demi mengumpul rakan rakan yang minat bermain muzik yang pelbagai genre.
Memang ada tekit yang dikenakan untuk menyaksikan gigs ini,akan tetapi,kita sedia maklum bahawa dengan jumlah RM10,ianya hanya mampu menampung kos penyewaan instrument serta membayar sewa lokasi gigs.Melainkan jumlah yang hadir lebih dari yang di harapkan.Sudah tentu penganjur mengharapkan agar gigs ini dipenuhi oleh s\mereka mereka yang nak enjoy & headbangging bersama band band yang tersenarai dalam flyers di atas tu kan..:)
Oleh itu,pesanan kepada yang bakal hadir untuk menyaksikan gigs ini supaya menerapkan slogan yang sering di laungkan dalam ungerground gigs iaitu NO DRUGS, NO ALCHOHOL & NO VIOLANCE supaya kepercayaan dari masyarakat serta yang hadir akan berkelakan dan ianya membolehkan penganjur mengadakan gigs untuk masa akan datang.
Apa pun,hopefully anda enjoy dan keep support our local bands sebab KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI...
p/s
itu band Attack Of Killers Tomatoes mcm saya kenal woo.adakah ini band si Luther?
BRo Langau
Penulis BlogBlog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..