Huh,dah masuk battel tahun 2012 kan.Cepatnya masa berlalu,ini bermakna akan lebih ramai lagi penyertaan untuk tahun ini.Seperti biasa,penganjur rasmi bagi acara tahunan ini tidak lain dan tidak bukan iaitu Ministry of Tourism Malaysia, Sabah Office (Motour Sabah) yang semestinya peka dengan kehendak belia belia sekitar Borneo yang fanatik dengan tarian jalanan ini.
Dengar cerita kali ini lebih hebat dimana bukan sahaja memilih 3 kumpulan terbaik,akan tetapi,pada peringkat ahkir nanti iaitu 22 september 2012,peserta dari negara Brunei, Philipine serta Indonesia turut menyertai pertandingan ini.Wohooo,ni dah kira tahap gaban sudah dimana kita akan saksikan penari penari dari 3 buah negara.Tapi ini diperingkat final,bagaimana nak tahu siapa yang mewakili Malaysia?hahaha...
Pada 8 september ini,pemilihan 3 kumpulan terbaik akan dijalankan.Bertempat di 1 Borneo Hypermall dan seperti biasa,penganjur mengekalkan yuran penyertaan bagi setiap kumpulan (3 - 6 orang) iaitu Rm30 sahaja.Murah kan,bah apa lagi ambil lah borang..
Nak ambil borang,sila ambil sendiri di Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Sabah bertempat di Wawasan Plaza, tingkat 4.Pada yang dah pernah ikut last year punya battle,terang teranglah anda dah tahu syarat syarat dalam borang tersebut kan.So,tidak menjadi masalah bagi anda.Pada yang bari 1st time nak join,baca dengan teliti akan syarat syarat yang ditetapkan.jangan main isi dan sain saja aah...
Cuba kamu tengok logo baru ni,smart kan.Welldone to penganjur akan rekabentuk logo ini.Jauh berbeza dari tahun lepas dan logo ini menampakkan ciri ciri pertandingan battle yang jitu dan mantap.Pemilihan 3 kaler yang sudah dikenali sebagai warna asal bagi bendera kita Malaysia iaitu Jalur Gemilang.Rasanya berepa lama logo ni kena design aah?siapakah orang yang bertanggungjawab akan rekaan ini?dia harus di anugerahkan sesuatu akan idea penghasilan logo ini..:)
Apa pun,saya yakin dan pasti pada sessi pemilihan 3 terbaik tu nanti akan kelihatan lah penari penari BBOYS seluruh Sabah dan akan berkampung di 1B dari pagi hingga selesai acara.kepada anda yang akan menghadiri sessi pemilihan tersebut,sila peka dengan beberapa pesanan ini..
- Datang lebih awal
- Pakaian kena sesuai
- Stamina kena ada
- Pemakanan yang cukup dan sesuai
- Kerjasama antara ahli sudah ready
- minta restu kedua ibu bapa masing masing agar mendepat berkat (Insyallah)
Alah,pesanan diatas tu hanya pesanan seposen saja bah.Bukan apa,memudahkan anda dan penganjur juga tu kan..:)
Jadi,dari sekarang siapkan diri anda dengan persembahan yang "RARE" bukannya sama seperti tahun lepas.Buktikan kepada JURI bahawasanya CREW anda layak masuk ke acara FINAL dan layak dinobatkan sebagai JUARA "Borneo Street Dance Competition 2012" untuk kali ini.Insyallah mana tau,peluang anda lebih cerah lepas tu,siapa tahu kan.Dan yang penting,jangan lupa say TQ sama penganjur atas medium/platfom yang mereka sediakan untuk penari penari di Sabah ini terutamanya.
Thats all folks..:)
p/s
Nasib aku tak pandai menari,klu tak...:P