Sekadar Ilustrasi penulis |
Adakah anda seorang..
- Penyayi
- Artis berkumpulan
- Komposer
- Pemilik studio rakaman
- Pengarah
- Pengaturcara (event organiser)
- yg terlibat dengan dunia hiburan
Anda berhak tahu HAK anda serta mencari jawapan bagi maslah masalah yang tidak pernah selesai dari dahulu hingga sekarang.....
Kami nak HAK kami dibela...wahhh tengok saja tajuk dah macam berita TV3 plak kan.Rilekxxx,ini hanyalah artikel yang mana tidak semua yang tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Baru baru ini ada sebuah kumpulan kecil yang terdiri dari penyanyi,pemain muzik,pengacara,serta penganjur program telah mengadakan sidang media yang membentangkan isu berkaitan hiburan yang sedang berlaku di Sabah ini terutamanya.Sidang media ini diketuai oleh Kak Rozza yang rasanya semua orang kenal akan kredibilitinya dalam dunia hiburan dan penganjuran program yang melibatkan protokol (event rasmi).Hasil dari sidang media tersebut,kumpulan kecil ini telah mula mengenal pasti masalah masalah yang dihadapi oleh pihak yang bernama penghibur
Dalam sidang media tersebut,bukan sahaja pengaturcara (event organiser),malah penyanyi tempatan,artis berkumpulan,komposer serta blogger juga turut hadir memberikan cadangan serta isu isu yang timbul yang mana kurang dapat perhatian dari pihak pihak tertentu.
Selepas sahaja sidang media tersebut,kumpulan ini telah menubuhkan GROUP ROZZA & SABAHAN CREATIVE INDUSTRY MOVEMENT dilaman media sosial iaitu Facebook.Group ini bukanlah badan NGO ataupun pesatuan.Ianya hanya gerakan yang mana cuba mencari jalan penyelesaian dalam beberapa perkara yang selalu timbul dalam dunia hiburan di Sabah ini terutamanya.
Tidak sampai disitu sahaja,S.C.I.G.M telah membuat satu MEMORANDUM berkaitan maslah ini dan telah menyerahkan kepada pihak pihak yang harus tahu akan masalah yang dihadapi oleh mereka mereka dalam dunia hiburan ini.Terutamanya yang berada di Sabah.Memorandum ini telah diserahkan kepada beberapa kementerian dan juga telah mendapat sambutan serta sokongan dari beberapa orang Menteri.
![]() |
Kementerian Belia & Sukan Sabah |
![]() |
Pejabat Datuk Masidi manjun |
Begitulah ceritanya yangsaya nak kongsikan kepada anda semua.Saya yakin ini adalah baru langkah permulaan S.C.I.G.M ini.Dan mereka amat memerlukan support dari anda yang ada dalam bidang hiburan dan selalu menjadi mangsa pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.Dengan menyertai pergerakan (Movement) ini,anda boleh mengenali sedikit sebanyak aktiviti serta informasi yang berkaitan.
Sekiranya ada ingin mengetahui atau ingin menyertai MOVEMENT ini,sila klik link dibawah:-
SABAHAN CREATIVE INDUSTRY MOVEMENT