Baru sebentar tadi saya mendapat info dari Anty Ida ( Fingerstyle ) dimana beberapa hari lepas mereka telah kehilangan seorang ahli keluarga (Moyang mereka) yang amat di sayangi.Hari ini masuk hari ke3 mereka dalam suasana kesedihan.
Kepada yang mengenali anty Ida & uncle Ritchie serta keluarga Fingerstyle ,ringan ringankan jari jemari anda untuk mengutuskan salam takziah melalui FB mereka iaitu Fingerstyle Lb sekali gus bertanyakan khabar.
Kepada Anty Ida & family,salam takziah dari saya untuk anda semua dan harap tabah dan redha akan pemergiaan orang yang tersayang iaitu moyang mereka.Sama sama kita sedekahkan AL- FATIHAH kepada roh arwah agar ditempatkan didalam golongan orang orang yang beriman