Terkejut juga bila dapat info yang Azlan & The typewriter bakal perfom di Komplex terbaru Jabatan Kebudayaan & kesenian Sabah yang terletak bersebelahan Taman rimba Tropika pada hari esok iaitu 21 March 2012 (Rabu).kannn,anda juga macam tak percaya kan.Tapi,kenyataannya dah terang dimana penganjur telah menghebahkan di laman sosial dan kini sedang menarik pembaca dan bakal penonton
Info ini aku perolehi dari sahabat FB iaitu Mr Halim Md Ishak melalui ruangan promosi event nya iaitu KONSERT PRA PERASMIAN KOMPLEKS JKKN SABAH.Selain Azlan ada ramai lagi artis tempatan yang bakal mengegarkan pentas JKKN tersebut.Antaranya adalah:-
| Felix AF |
| Ebi AF |
| Rubisa AF |
Menurut sumber lagi,pihak penganjur tidak mengenakan tiket untuk program ini dan ianya PERCUMA untuk warga Sabah yang ada di sekitar kota Kinabalu terutamanya.Datanglah beramai ramai untuk menyaksikan persembahan mereka dan jangan lupa bawa kamera anda untuk menagkap gambar penyanyi kesayangan anda.
kalau berpeluang bergambar secara INPERSON,jangan lepaskan peluang tersebut dan jadikan ianya PROFILE PICTURE di laman FACEBOOK anda keesokkan harinya..:)
