Kehangatan kian terasa

by 11:51 AM 0 comments

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita ketahui siapakah yang bakal membawa pulang title JUARA pertandingan anjuran RTM Sabah iaitu Carta Lagu Artis Sabah yang mana akan berlangsung di 1 Borneo Hypermall pada hari Sabtu ini.

Dengar cerita,semua yang bertanding sedang NEBESSS dan tak senang duduk,tak senang berdiri.Terutamanya pada 4 buah kumpulan yang bertanding iaitu The AriezCahaya D FolkThe Fingers dan satu satunya band rock kapak iaitu Makhluk.

Antara 4 band diatas,akan berlaku satu fenomena pada tanggal 25hb nanti dimana peminat ROCK KAPAK sudah tentu akan mengayakan pakaian ala ala 80an.Ini sebagai tanda support mereka pada satu satunya band yang membawakan muzik berkonsepkan rock dulu dulu.Sudah tentu mereka yang berambut  panjang,seluar jeans ketat,jaket jeans,kepelbagaian logo akan kelihatan pada hari ini.Semakin terasa kehangattan pertandingan tahunan anjuran RTM ini.

Secara realitinya semua yang bertanding inginkan kemenangan dan akan cuba buat persembahan yang terbaik dan cuba menambat hati juri yang bakal mengadili pertandingan ini.Kalau kalah tak bererti anda gagal,secara AMnya,anda (band) telah membuktikan  yang anda mampu berdiri atas kaki sendiri dengan menghasilkan lagu sendiri,lirik sendiri,promosi sendiri dan meraih support dari rakan rakan seperjuangan yang mana berteduh di bawah bumbung yang di panggil Underground.

p/s
kalau 4 band ini dah masuk final,BAND YANG LAIN bila pulak?

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..