Rasanya tak salah klu aku story mory pasal yang luar dari Sabah.Aku rasa aku nak cerita mengenai seorang pengiat muzik,seorang DJ radio dan juga followers kepada muzik keras iaitu muzik METAL.Tapi sebelu itu,meh aku share sikit berkenaan salah sebuah radio dari seberang iaitu Negara yang kecil,tapi pembanggunan yang sangat hebat.Negara yang saya maksudkan adalah Negara Kota Singapura.
Memang tak dinafikan,saya sendiri mempunyai keluarga di Yishun, Toa Payoh dan beberapa buah lokasi yang aku sendiri dah lupa.hahaha.Cuma,dah lama tak jumpa akibat jarak yang terlalu jauh dan faktor kewangan.Memang ada tiket murah untuk kesana,tapi atlease sedikit budjet kena disediakan untuk seketika berada disana kan...
Dipendekkan cerita,hari raya yang lalu aku baru tahu yang aku mempunya saudara yang dah mencapai tahap band international.Mulanya aku tak percaya dan mamat tu pun betul betul humble.So,aku tak kisahlah apa yang dia share kat aku.Last last aku tanya kat member member yang dah lama main muzik terutamanya member member yang ada area TUARAN,GIG semuanya kenal akan nama EIM@HASRAT.Kata mereka dialah FOUNDER kepada gigs METAL sekitar Kota Kinabalu zaman 90an.So,bermakna mamat ni bukan sembarangan orang.Cuma,dulu dia dikenali sebagai line up HASRAT,kini beliau adalah salah sebuah ahli kumpulan GRINDCORE iaitu Magnicide.Siapa sangka dia telah menjelajah negara barat dengan muzik yang mereka pertaruhkan.Inilah yang dikatakan Tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia,siapa tahu kan..:)
Brader Bo |
Dipendekkan cerita,EIM@Magniside ini telah memperkenalkan aku dengan salah seorang DJ di Singapura yang dikenali sebagai radio Ria897.Nama dj ini adalah Brader Bo yang mana seorang pengiat muzik Metal dan juga meragkap Muzik Director di Ria897 ini.Pehh,bukan mudah nak melakukan 2 tugasan yang berbeza dimana karier sebagai DJ dan juga sebagai pemuzik berkonsepkan muzik keras ini.Itulah kelebihan Brader Bo ini.
Setelah berkenalan melalui FB,Brader Bo banyak berkongsikan beberapa buah band yang berasal dari Singapura ini.Tapi kebanyyakannya membawakan muzik keras dan juga CORE.Tapi,tak kisah la,asalkan mereka INDIEPENDENT dan mempunyai lagi sendiri dah bleh ON kat OnlineFM.Tak salah kalau pihak onlinefm memainkan lagu lagu dari negara serumpun kita kan.Thats we call Support of music.
So,aku memberanikan diri bertanyakan kepada Brader Bo tentang kebarangkalian Radio Ria897 ini memainkan lagu lagu dari band band Sabah.Jawapan darinya KENAPA TIDAK,sure tak jadi masalah.Asalkan ianya menepati syarat syarat yang ditetapkan oleh radio frekuensi.Antara syarat utamanya adalah Kualiti sesebuah lagu tersebut kena mencapai tahap yang bersesuaian.Rasanya korang lebih arif dgn perkara ni kan..:)
Untuk pengetahuan korang juga,aku dah lama layan radio Ria897 ni.Alah,besak la dengar dari internet saja.Kalau korang nak try test,sila klik link INI.Aku pernah dengar lagu Projek Pistol kat sini.SO,teringin gak nak dengar lagu lagu dari band band sabahan berkumandang kat sini.So,sila add FB Brader Bo ini dan kenalkan diri dan band anda.Cuba berinteraksi dengannya dan share lagu lagu anda kepadanya.Insyallah,dia akan cuba untuk memutarkan di Ria897 ini.Asalkan syarat syaratnya di patuhi.Tak salah kalau mencuba kan sebab Kalau Bukan KITA,SIAPA lagi
p/s
Saya share info jak,usaha dari pihak anda (Band) sendiri...:)
Saya share info jak,usaha dari pihak anda (Band) sendiri...:)