Mentor 6

by 11:57 PM 0 comments
Pada hari ahad lepas selepas selesai menikmati sarapan india utara,aku terus membawa anak anak melepak di Promenade hotel sekitar jam 11 pagi.Sebenarnya bukan apa,nak lihat karenah peserta ujibakat MENTOR 6 yang sedang berlangsung.Belum sempat aku masuk pintu hotel,pehhhh ramainya di luar tu sedang mengisi borang penyertaan serta menyanyi lagu lagu pilihan mereka.Ni kali la,aku rasa suasana ujibakat ni memang best..

Richa & Aqeel Naim 
Andukk bah,nak masuk ujibakat kenok.Tapi tarang tarang lah umur indak cukup.Haaa,teda lah,just nak kasi peluang mereka berseronok sekitar hotel yang penuh dengan peserta ujibakat Mentor.

Borang Ujibakat Mentor 6
haa,sempat juga aku pinjam borang salah seorang peserta uibakat untuk diambik gambar.Anyway tak sure sama ada dia masuk stage ke empat atau sebaliknya...

Peserta menanti giliran
Haa,lihat saja di tingkat atas hotel ini.Ni baru sikit saja yang mampu aku candid dari ruang legar hotel Promenade tuh.Kalau naik kat tingkat 1,kompom lah makin hapenning lagi peserta...

Rockers pun tak ketinggalan dalam sessi ujibakat ini
inilah antara kelompok peserta yang mengambil perhatian aku.Dimana anda boleh saksikan pemakaian mereka dah melihatkan yang mereka ini adalah peminat tegar muzik rock kapak.Apa pun,mereka ni memang slumber dan spontan.Gelak tawa sentiasa aku dengar ketika mereka mengisi borang tersebut.


Tingkat 1,luar bilik ujibakat
Aku beranikan diri jak naik kesini dan mengandid beberapa keping gambar.Bukan apa,untuk tujuan perkongsian info keadaan sebenar sessi ujibakat yang sdang berjalan dan ternyata memang gempak dan dipenuhi dengan kepelbagaian fesyen
                            

Macam kenal mamat dua orang ni,tapi dimana ya?
LOVE & RESPECT <<< inilah antara taggline kepada mamat berdua ini.Sebenarnya merena berdua ini adalah ahi kumpulan BBOYZ yang mewakili sabah dalam pertandingan SHOWDOWN.Mereka dikenl sebagai Borneo Crew.Tak sangka,mereka juga tak ketinggalan melihatkan bakat nyanyian kepada saudara Ajai.Tapi saya tak sure,mereka layak atau sebaliknya... 


Ni pun macam pernah ku lihat,tapi di mana ya..?
Pehh,sebenarnya sehari sebelum ujibakat Mentor 6 ni,minah ni atau nama sebenanya Puteri Nurain Farahdina adalah juara kepada satu pertandingan nyanyian anjuran SABAHFM bertempat di Karamunsing.Inilah yang dikatakan minat,dimana penat lelah tidak menjadi halangan untuknya menajamkan lagi ilmu dalam bidang nyanyian.Tapi,malangnya dia hanya lepas stage ke 2 sahaja.Dah bukan rezeki,its ok bah kan...cuba lagi

Suasana di luar hotel
Nahh,amacam?ni belum ramai lagi woooo.sebab aku tak lama lepaking di sana.Sekadar dipiggiran saja sembil melihat keadaan.Dan apapun memang best aah..:)

Apa pun,memang tidak dinafikan yang semangat orang orang Sabah terutamanya di Kota Kinabalu tak pernah luntur dan pudar.cakap saja,sessi ujibakat,pasti beribu yang akan menyertainya.CUma tu saja lah,ada yang masih belum bersedia sepenuhnya,ada yang masih tak hafal lirik,dan ada yang malu malu.Tak apa,ini sebagai pengalaman pertama mereka dalam menyertai sessi ujibakat.Dan saya percaya,ini bukan kali terakhir mereka berjuang,lepas ni akan banyak lagi peluang yang menanti mereka.

Sama sama kita menyokong segala usaha mereka demi menyahut cabaran program realiti sebab ...

KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI...  

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..