Tinggal satu minggu lagi crew crew MENTOR 6 akan berkampung di Sabah.Kali ini Kota Kinabalu dan Tawau akan menjadi destinasi mereka mencari Protege protege yang mempunyai bakat terpendam.
Pada warga Sandakan,Lahad Datu,Semporna dan Tawau persiapkan diri anda dengan ilmu muzik,kesihatan yang sebaiknya dan keyakinan diri untuk menghadiri ujibakat yang bakal akan di adaakan di Hotel Promenade Tawau pada 13 Januari 2012.
Pada yang berada di kawasan Kota Kinabalu, dan daerah yang berhampiran korang boleh siap sediakan diri juga untuk menghadirkan diri ke sessi ujibakat pada 15 Januari 2012 bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu.
Adam telah menjadi salah seorang MENTOR untuk kali ke 6 pada tahun ini.Pemilihan ADAM sebagai JURI dan juga MENTOR adalah satu isu yang panas dan dipetikaikan pelbagai pihak.Namun itu bukannya jadi masalah.Yang penting ADAM dapat menaburkan bakti pada industri muzik tempatan terutamanya di Sabah dengan membuat pilihan terbaik untuk kali ke 6 ini.
Selain ADAM,ada ramai lagi tenaga pengajar yang di pertanggungjawabkan untuk menjadikan program realiti ini semakin panas.Antaranya adalah Ogy Ahmad Daud,Faizal Tahir, Ramlah Ram, Ferhad & ratu Rock Negara iaitu Ella.Jadi,pada yang anda,persiapkan diri anda dengan apa yang diperlukan oleh MENTOR MENTOR musim ke enam ini.
p/s
Jangan lupa,sebelum kaki anda melangkah keluar rumah untuk menghadiri sessi uji bakat tersebut,pohonlah RESTU dari kedua orang tua anda agar ianya mendapat berkat.Insyallah...