![]() |
Sekadar gambar hiasan |
Ada beberapa buah band telah menghantarkan lagu mereka dalam kualiti DEMO untuk dimainkan di radio internet.Dan secara jujurnya,memang lagu lagu tersebut best dan ada citarasa tersendiri.Dan juga sering kali diminta oleh pendengar atau suppoter kepada band band tersebut.
Selang beberapa bulan,band band tersebut telah memberikan info bahawa mereka telah merakamkan semula lagu lagu tersebut dalam kualti yang lebih upgrade iaitu SINGLE.Dimana kos penghasilan SINGLE mahal sikit dari yang mula mula iaitu DEMO.Dan nampak raut wajah yang terlalu gembira dan semangat yang bekobar kobar dimana lagu mereka besar kemungkinan akan keudara di coong corong radio yang terkemuka.
Akan tetapi,apabila aku dengar lagu yang telah dirakam semula dalam kualiti SINGLE,aku heran dan terasa lain.Bukan nak komplen mengenai kualitinya,tetapi susunan muzik tersebut jauh berbeza dari mula mula iaitu yang ada pada DEMO mereka.Perkara ini bukan sahaja berlaku pada sebuah band,malah lebih dari 5 band sudah aku amati akan perkara ini.
Bukan itu saja,sehinggakan ada pendengar tertanya tanya "kenapa lagu ini tak sama dengan yang mula mula dulu" .Jadi,adakah persoalan ini anda pernah hadapi?Sekiranya anda ada jawapan,saya amat mengharapkannya.Sebab,saya sendiri kadang kadang lebih gemar memutarkan lagu yang asal (DEMO) berbanding SINGLE.Atas alasan susunan muzik DEMO lagi best berbanding SINGLE.
p/s
Harap dapat reply dari yang lebih arif tentang perkara ini