baru baru ini,penganjur untuk acara STOMPIN SABAH telam memberitahu bahawa mereka telah bersetuju untuk melonggarkan beberapa syarat untuk mengikuti pertandingan yang di sediakan.Antara syarat syarat terbaru mereka adalah seperti berikut:-
TERMA DAN SYARAT:
1. Penganjur hanya menyediakan sound system,(Gitar amp,bass amp,keyboard & keyboard amp, Set Drum & DJ Console) serta pembantu teknikal semasa ujibakat dan persembahan berlangsung.
2. Peserta wajip membawa alat-alat muzik sendiri kecuali drumset dan keyboard.
3. Jika peserta solo / duet, sila bawa minus one sendiri
4. Setiap kumpulan dibenarkan membuat persembahan maksima 2 buah lagu .Tempoh persembahan mestilah tidak lebih daripada 10 minit keseluruhan.Salah sebuah dari lagu yang dipersembahkan sebolehnya mempunyai gabungan jenis muzik (hiphop,rap,rock,funk,dance,pop,new age,samba,reggae) dan juga muzik etnik Sabah tetapi criteria ini tidak diwajipkan.Persembahan akan dinilai berdasarkan melodi, gubahan muzik, suara serta kreativiti tersendiri.
5. Peserta bebas menggunakan sebarang bahasa (kadazan,Melayu,Inggeris dan sebagainya)
di dalam lagu kecuali bahasa lucah.
6. Untuk kategori Hos(Pengacara) sila sediakan nota ringkas mengenai latar belakang stompin .
7. Untuk kategori DJ, sila bawa koleksi CD anda sendiri
8. Untuk kategori Bikini Model, sila bawa 2 set pakaian (bikini & beach wear)
9. Keputusan juri adalah muktamad.
10. Penganjur berhak menyingkirkan peserta yang tidak menepati syarat/kriteria yang telah ditetapkan.
11. Ahli-ahli kumpulan yang terpilih oleh juri tidak boleh diganti tanpa kebenaran Penganjur.
Kredibiliti setiap ahli yang terlibat adalah dibawah penyeliaan produser Stompin Sabah.
12.Tarikh tutup pendaftaran adalah 14hb Oktober 2011 (sebelum 11:00 pagi)
Pertandingan ini tidak ada saringan. Setiap peserta akan diadili oleh juri dan keputusan top 3 akan diumumkan di penghujung pertandingan pada 14hb Oktober 2011 bertempat di Tanjung Aru 1st Beach.
Pemenang akan sekaligus layak membuat persembahan di pentas Stompin pada 15hb Oktober 2011