Penari jalanan di Center Point,KK

by 4:21 PM 0 comments


Kepada penari penari moder,kali ini Kementerian Pelancongan Malaysia cawangan Sabah telah menganjurkan satu pertandingan BORNEO STREET DANCE sempena menyeru seruan kerajaan mendekatkan diri dengan belia belia yang ada sekitar Sabah.Pertandingan ini terbuka kepada penduduk sabah yang mempunyai minat untuk memperlihatkan bakat masing masing dalam segi tarian moden.


 Untuk maklumat,anda boleh lihat segalanya melalui flyers di atas dan sekiranya anda ada sebarang kemuskilan,sila takifon ke nombor yang tertera di atas.Untuk maklumat anda,pemenang bagi acara ini bakal berentap sekali lagi bagi merebut kejuaraan antara Sabah vs Sarawak yang akan di jadualkan berlangsung di Labuan pada 26 Nov 2011 akan datang.


Sekadar gambar hiasan
Jadi,mulalah anda ambil borang di pejabat kementerian pelancongan Malaysia di wawasan Plaza dan dalam masa yang sama,persiapkan diri anda dengan latihan yang cukup,dan stamina yang jitu bagi merebut gelaran juara.Siapa tahu,kali ini kemenangan berpihak kepada penari dari Sabah.Bak kata pepatah,tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa tahu...
Sekadar gambar hiasan
Dan satu peringatan kepada yang bakal bertanding di Kota Kinabalu nanti,dalam pada anda bersemangat untuk bertanding dan meraih kejuaraan,jangan lupa minta restu kedua orang tua kerana restu mereka amat berguna dan bakal menambahkan lagi semangat waja yang ada pada diri peserta sekalian.Insyallah...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..