Friends or Foe

by 11:08 AM 0 comments
Beyond My Rage

Sebuah band HardCore yang mempunyai pengaruh hebat sekitar KK dan juga selalu tidak menghampakan pengunjung bila mereka membuat persembahan.Inilah dia band yang dikenali sebagai Beyond My Rage .band ini mempertaruhkan konsep muzik hardcore yang semangnya menjadi gilaan para anak muda sekarang ini.

Ditubuhkan sekitar tahun 2008 di Kota Kinabalu dan di anggotai oleh 5 orang anak muda yang bersemangat kental terhadap muzik core ini.mereka adalah Alvix(gitar), Khairul(gitar), Lan(Vox), Samsul(bass) & Wan(drum) .

Rm10/pc
Selain membuat persembahan di pentas gigs,mereka juga telah merakamkan beberapa buah lagu hasil ciptaan dan arrangment mereka sendiri yang masa sudah berada di pasaran sekarang ini.Harga yang ditawarkan sangat lah berpatutan dan mampu dibeli oleh sesiapa sahaja.Untuk mengetahui bagaimana cara nak dapatkan CD ini,sila kontek mereka melalui page mereka iaitu Beyond My Rage.


Amat membanggakan dimana mereka juga telah mengeluarkan klip vedio untuk lagu mereka yang berjudul Freinds or Foe.Semestinya ini adalah klip vedio D.I.Y dari mereka kerana mereja adalah jenis yang ingin berdiri di kaki sendiri dan cuba menerapkan konsep Indiependent.Korang boleh share klip video ini di Fb masing masing atau jadikan contoh untuk berjaya seperti mereka melakukannya secara D.I.Y

Untuk mendengarkan lagu lagu mereka yang lain,anda boleh mengunjungi Myspace mereka iaitu Beyond My Rage.Disana terdapat 3 buah lagu yang semestinya hasil karya mereka sendiri.

 
Majalah KKBandwidth 
Band mereka juga bakal akan mengegarkan gigs yang akan berlangsung pada 05 November akan datang iaitu  
 Destroy Shred Destroy Sabah .Bukan mereka sahaja yang akan beraksi,ada ramai lagi band hardcore akan memeriahkan pentas coklat factory tersebut.So,jangan lepaskan peluang ini untuk melihat persembahan dari pemuzik pemuzik yang berbakat ini.Dapatkan tiket ditempat yang telah ditetapkan dengan harga yang berpatutan

Teruskan menyokong usaha murni anak anak muda ini dimana mereka adalah SUARA GENERASI AKAN DATANG...




BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..