| Sekadar Gambar hiasan |
Sebelum itu saya akui yang aya sendiri masih lagi dalam pembelajaran mengenali seni muzik termasuk mengenali setiap jenis muzik,konsep mahupun masih lagi mengenali band band yang ada di seitar Sabah ini.
Kali ini,saya ingin membuat artikel mengenai mutu persembahan band band tempatan kita terutamanya yang ada di sekitar Sabah.Memang tidak di nafikan anda semua memang berbakat besar dalam penciptaan lirik dan penyusunan lagu.Dan juga saya yakin bahawa setiap band itu pasti menginginkan beraksi di atas pentas Underground mahupun teringin juga main di pentas Mainstream.
Cuma, sekiranya anda ingin maju lagu setapak (pandangan aku sebagai peminat band2 INDIE tempatan) kamu kena buang perasaan MALU,SEGAN atau yang seumpamanya.Bukannya apa,kamu dah memiliki lagu lagu yang bagus,peminat yang ramai mahupun pengukut setia konsep lagu yang kamu bawa.Jadi tak sesuai lagi di pentas diselubungi perasaan malu malu atau segan silu.
| Sekadar gambar hiasan |
Rasanya latihan yang cukup juga harus di praktikkan oleh setiap band bagi memperhebatkan lagi mutu persembahan sekiranya ada panggilan jemputan dari pihak penganjur.Bukannya dapat offer,baru nak jamming.Saya rasa iyanya akan mendatangkan masalah kepada ahli kumpulan mahupun pihak penganjur yang mana band anda belum cukup bersedia dari segi stamina mahupun keserasian.
Dan saya harap dalam tahun ini tidak ada lagi band band yang membuat persembahan membelakangi penonton,mahupun melihat kelantai(hehehe).Kerana anda adalah yang mereka lihat.Tak kisahlah sama ada anda pemain gitar,keybord mahupun drum(buli bah kannn..:)
| sekadar gambar hiasan |
Yang paling penting juga,jangan ada antara anda membeza bezakan antara setiap band.Atau senang cerita menjatuhkan sesama band atas dasar yang anda sendiri tak tahu.Sama sama kita support each others dan sekiranya kita mengetahui kelemahan mahupun kelebihan,harap di kongsikan bersama demi scence INDIE di Sabah ini.
Amacam,boleh bah kan...sebab KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI
