 |
OnlineFM Mini Jamm yang pertama |
Pada 1 januari yang lepas telah berlangsungnya acara yang teah di tungu tungu selama 2 tahun iaitu "Tribute to local INDIEpendent Band Mini Jamm".Yang mana ianya berlangsung di sebuah cafe yang terletak di Damai Point,Luyang Kota Kinabalu.
Idea ini telah lama aku idamkan,cuma masa sahaja yang belum sampai.Apatah lagi pengalaman sebagai penganjur masih kurang banyak.SO,atas bantuan kawan kawan yang selalu menguruskan acara araca macam ini lah yang banyak membantu.So,alhamdulillah ianya berjalan dengan lancarnya.
Acara ini bermula seawal jam 7.30 mlm dimana menampilkan 5 buah band band tempatan yang bergerak secara INDIEpendent.Mereka terdiri dari
Orang Planet,
The Mines (Sandakan),
Cahaya D'Folk,Oldnavy &
The Retrock
 |
Antara band2 INDIE yang membuat persembahan |
Rasanya pemilihan band lineup pada malam itu sangat sesuai kerana masing masing mempunyai konsep muzik yang di perjuangkan.Ada yang membawakan konsep retro,pop,rock dan macam macam lagi lah.Apa lagi ketika kumpulan Cahaya D' Folk memainkan lagu Seindah Cahaya yang di iringi pukulan Kuling Tangan sebagai penyeri lagu tersebut.Ternyata ramai pengunjung yang terhibur.
 |
Sambutan ulang tahun yang pertama ONLINEFM |
Memang di rancang acara ini di lakukan selari dengan sambutan ulang tahun penubuhan radio atas talian ini iaitu
Onlinefm yang pertama yang jahut pada 1 Januari 2011.Jadi pada malam itu,ada seorang hamba Allah ini telah menaja Kek ini atas dasar sokongan terhadap perjuangan Onlinefm iaitu membantu band band tempatan dengan memutarkan lagu lagu mereka di radio atas talian ini.Akan tetapi,beliau tidak ingin namanya di sebut atau di letakkan selaku penaja untuk kek ini atas sebab sebab beliau tidak ingin dikenali.Kek ini seberat 3kg dan mempamerkan logo onlinefm yang terkini beserta taggline terkini.
Akan tetapi,ada sekidit kesilapan iaitu,sebenarnya taggline yang betul adalah
RENTAK MUZIK,HIBURAN TERKINI.Harap maklum..:)
 |
Partner saya iaitu Dj Ligong |
Alhamdulillah,orang kuat Onlinefm dapat juga bersama sama kami datang memeriahkan lagi suasana malam tersebut iaitu
Dj Ligong.Yang mana beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam perjalanan Onlinefm ini selain saya sendiri.Dan beliau juga yang mengendalikan penyampai penyampai di radio ini.
 |
Penyampai penyampai radio ONLINEFM |
Antara saat yang manis bagi aku sendiri adalah melihat kegembiraan DJ2 onlinefm yang tak pernah putus putus.Sejak mula acara hingga tamat.Sememangnya malam itu adalah malam untuk mereka merasa bagaimana di hargai oleh pendengar pendengar setia radio onlinefm.Antara Dj Dj onlinefm adalah
Rudy,Manja,Yen Yyin & Aden.Manakala ada beberapa orang lagi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab sebab yang tidak dapat di elakkan iaitu
Seheek & Bob
 |
Antara yang hadir malam itu |
Memang tidak di nafikan bahawa vanue berlangsungnya acara ini adalah terhad kepada 80 ke 100 orang sahaja.Namun pada malam itu,rasanya pengunjung mencecah 150-180 orang.Sehinggakan mereka terpaksa berdiri di luar cafe.Yang paling bestnya adalah mereka tidak berganjak sehingga persembahan terakhir acara.Sokongan yang mereka berikan pada band band yang membuat persembahan pada malam tersebut sangat memberangsangkan.
Kalau bukan KITA,SIAPA lagi...
 |
Pengunjung seawal jam 7.30 hingga 10.00 malam |
Saya memang akui kelemahan kami selaku penganjur acara Mini Jamm ini kerana tidak dapat menyediakan tempat yang besar dan selesa.Akan tetapi,kami bersedia untuk memenuhi keperluan pengunjung pada mini jamm yang akan datang iaitu menyediakan tempat yang lebih besar dan selesa.Itu pun bergantung pada kewangan kami yang terhad.Almaklumlah,tiada penaja dalam acara sebegini rupa.
Kami juga mengalu alukan kepada penaja penaja yang sudi bekerjasama dengan kami dalam menjayakan Mini Jamm yang seterusnya.Sekiranya berminat,sila berhubung dengan saya terus di talian 014-3714515.Itu pun kalau ada yang berminat lah..:)
 |
Ligong bersama penyampai penyampai Sabahan.FM |
Pada malam itu juga,kami menjemput rakan rakan online radio lain juga untuk bersam sama memeriahkan suasana dengan membuat liputan secara langsung menerusi radio mereka sendiri.Antara yang hadir adalah Dj Iskatambula,Dj Leez & Dj MM dari Sabahan.FM.Manakala OkBahFM pula di wakili oleh Dj Foto dan beberapa orang crew2 yang lain.
 |
Borneo Busker with Queen Of Busking (Julie) |
Sebagai tanda support akan local scence,pada penghujung malam Mini Jamm tersebut,kami di hiburkan dengan persembahan
Borneo Busker yang di ketuai oleh
Queen Of Busking.Memang persembahan lagu lagu medley yang mereka sampaikan sangat menghiburkan penonton.Sekiranya anda ingin menyaksikan mereka lagi,sila kunjungi port port dimana mereka setiap hari ada membuat busking iaitu di Center Point,Jesselton Point & Damai Point.Maklumat lanjut boleh bertanyakan kepada Julie a.k.a
Queen of busking
 |
Tukang tangkap gambar secara tak langsung |
JJ adalah tuan punya gambar gambar diatas.Dimana beliau juga seorang peminat muzik dan mempunyai band sendiri.Akan tetapi,yang paling bset pasal mamat ni adalah,beliau sentiasa mengikuti perkembangan event event yang berlangsung sekitar KK ini.Malah tak lari dengan mengambil gambar gambar sebagai tanda aktifnya scence muzik di Kota Kinabalu ini.Anyway TQ Bro...:)