 |
Penyambung aliran muzik ROCK |
Pada malam isnin yang lepas,aku berkesempatan melihat acara saringan Battel Of The Band yang di adakan di salah sebuah pusat hibura di Kota Kinabalu.Setibanya aku di parking lot,aku di hadiahkan sneyuman oleh sorang mamat yang baru juga paking.Rasanya aku pun balas tu senyuman.Rupa rupanya,sekali aku tanya kawan2,dia lah An dari kumpulan Ways.Yang famous dengan lagu Warkah Untuk Kekasih.Adeh,malunya aku,kalau aku tauk,kompom begambar gambar aku sama dia..
 |
Antara peserta yang hadir |
Dan setibanya aku di ruangan depan aku di kejutkan dengan puluhan orang yang berpakaian ROCKERS 80an.Aku seolah olah balik ke zaman sekolah rendah.masa kebangkitan lagu lagu Misteri Mimpi Syakila,Penomena,Perlayaran...
Rupa rupanya,semua tu adalah peserta yang mengambil bahagian dalam acara battel of the band ini.Perghhh,hebat la,sampai boleh membawakan konsep rockers.Dan memang pun,battel kali ini berteraskan ROCK KAPAK..
 |
D' Maria |
Ha,masa aku dengar nama kumpulan D'Merah di sebut oleh MC,aku perasan akan vox ni.Mukanya macam pernah nampak la.Tapi,kali aku salah orang dan aku ignore jak la.Tapi bila dia tarik suara HIGH note,aku dah tahu yang dia ni pernah ada satu band sebelum ini.Dan rasanya lagu dia sebelum ini memang di kenali ramai.Dan salah sorangnya adalah aku sendiri minat lagu hitsnya itu.Kalau ada peluang,nak juga aku chit chat sama brader ni..:)
 |
Audrey An(Ways) & Nadia Ali (Ratu Rock Sabah)
|
Mereka bertiga lah yang telah mengadili sessi SARINGAN Battel Of The Band ini.Rasanya mereka tahu apa yang patut di adili,kerana masing masing ada kelebihan dalam bidang muzik.
Tapi sayangnya aku tak dapat melihat sampai habis acara ini dan jena balik awal.Almaklumlah tinggal jauh dan bekeluarga ni.Anyway,TQ to pihak penganjur yang sudi menjemput saya selaku MC pada malam final iaitu pada 29hb Disember 2010 nanti.So,ini adalah kali kedua aku menjadi EMCEE,insyallah,akan memberikan yang terbaik untuk industri muzik kita.
P/S
Credit tu JJ Christy Ogo kerana aku guna pakai gambar gambar dia atas.