Akan tetapi,saya tidak mengaktifkan diri sepenuhnya di OnlineFM ini atas sebab tanggungjawab di Sabahan.FM masih ada dan harus di laksanakan.So aku hanya di belakang tabir sahaja sebagai penasihat dan pemerhati.Walau bagaimanapun ucapan TAHNIAH kepada Brader Ligong kerana berjaya meujudkan satu lagi kominiti pendengar radio online dari setara dunia.Dengan berkat usaha,kesabaran dan percaya akan kemampuan diri,beliau berjaya menstabilkan keadaan sehingga pendengarnya ke hari ini mencecah 400 orang.
![]() |
OnlineFm [ www.on9fm.net] |
So,kami pihak atasan pengendali Olinefm telah membuat keputusan untuk menjadikan radio onlineFM ini sebagai Media Online 100% menyokong lagu lagu Indiependent band tempatan kita.Bukan sahaja bertumpu kepada Negeri Sabah,malah secara menyeluruh.Merangkumi Negara Brunai,Singapore dan tak ketinggalan Semenanjung Malaysia.
Buat masa ini,kami masih lagi dalam proses mengumpul DEMO,single dari pelbagai sumber.Sekiranya anda ingin lagu lagu anda di putarkan di OnlineFM,tak perlu risau,kami telah menyediakan Aplikasi iaitu anda boleh mengUPLOADkan lagu anda sendiri dengan melengkapkan info2 yang di minta dalam ruangan I-SONG.Sebelum itu anda di minta untuk mendaftarkan diri.dan sila ikuti langkah langkah yang telah di nyatakan di dalam website tersebut.
Didalam ruangan REQUEST SONG,anda boleh meminta lagu lagu fav anda untuk di tunaikan oleh Dj yang bertugas.Sila isikan info2 yang di minta di dalam ruangan tersebut.Manakala kami juga menyediakan "Current Song with Current Listener" iaitu anda sendiri boleh melihat berapa ramai pendengar yang sedang mendengarkan radio Onlinefm ketika itu.
Akhir kata dari saya selaku Bro Langau,insyallah setakat yang termampu dan dengan bantuan anda semua sama sama lah kita naikkan LOCAL SCENCE kita ini.
p/s
Insyallah,Mulai tahun depan pihak OnlineFM akan menganjurkan "Mini Jamm" setiap bulan.Bulan januari ini akan berlangsung Mini Jamm yang pertama.Ianya betujuan menampilkan bakat bakat baru dalam membuat persembahan.Itupun kami akan lihat permintaan dari band band ini.Sekiranya ramai yang support,dan ada bantuan Sponser serba sedikit,insyallah ianya akan dapat di laksanakan setiap bulan..