Who i Am?

by 10:01 AM 0 comments
Ramai yang tak tahu lagi akan perjalanan radio online SABAHAN.FM ini.Sebenarnya radio internet ini HANYA boleh di dengari melalui talian internet sahaja.Dengan menggunakan link http://www.sabahan.fm dan sekiranya anda ingin mendengar menggunakan aplikasi winamp sila klik link ini http://sabahan.fm/listen.pls

Yang paling penting adalah,radio kami ini tiada kaitan langsung dengan SABAH.FM (RTM Sabah).Radio SABAHAN.FM ini beroperasi secara INDIEPENDENT juga.Tenaga kerja & penyampai2 radio ini juga mempunyai karier masing masing.Ada yang bertugas sebagai Lecturer,Penyanyi,Pelukis Pelan &Kerja Sendiri.Sebenarnya ianya adalah hobi kami jak ni.Pada mulanya radio internet ini hanya untuk komuniti http://www.sabahan.net.Akan tetapi,atas permintaan ramai kami dah lancarkan secara rasmi pada 2 tahun lalu dan sesiapa sahaja boleh mendengarkannya walaupun bukan dalam komuniti Sabahan.NET.


Kerjaya BRO LANGAU di siang hari adalah sebagai Pelukis Pelan GIS 
Pada yang belum lagi mengenali DJ LANGAU,huahuaha,sebenarnya saya pun bukannya full time sebagai penyampai radio online ini.Hanya di hari SELASA & KHAMIS malam sahaja.Dalam jam 9.30 hingga 12.00.Sekiranya ada masa free,tak jadi keberatan juga saya akan meluangkan masa untuk menghiburkan pendengar2 SABAHAN.FM.


Penyampai Radio Online (Sabahan.FM)
Segmen saya adalah segmen dimana saya memperdengarkan lagu2 terbaru atau lagu2 dari band2 tempatan negeri kita iaitu INDIEpendent band.Sebenarnya band2 ini perlukan pendedahan di radio akan lagu2 ciptaan mereka.Tetapi,sebagaimana anda sedia maklum,bukan senang mahu hantar DEMO,SINGLE or EP ke stesen radio Frekuensi kan.So,sebagai permulaan,kami memainkan peranan penting (rasanyalah as supporter) untuk membantu mereka2 ini dengan memainkan lagu2 mereka di SABAHAN.FM


Pada anda yang ingin mengenali band2 ini atau ingin mendengarkan lagu2 mereka di SABAHAN.FM,u all bolehlah menantikan segmen saya iaitu setiap hari selasa & khamis malam sahaja.Buat masa ini,saya ada menyenaraikan antara lagu2 mereka yang berada dalam simpanan kami.Anda boleh melihatnya di blog saya ini juga.Anda juga boleh merekuesnya pada penyampai2 yang lain juga..:)


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..