Pada cuti sempena Pesta kaamatan yang lepas saya & family telah balik ke kampung halaman ku iaitu di Daerah Sandakan.Dan kebetulan saya menalipon si Pyzul@Mines untuk mendapatkan CD kumpulan Atomic Power sebagai koleksi dan di mainkan di radio sabahan.fm
Jadi,di pendekkan cerita si Pyzul telah menjemput saya menyaksikan mereka membuat Open Jamm.Acara ini adalah acara bulanan yang di anjurkan oleh pihak studio jamming utk peminat band2 INDIE.
Ianya terletak sangat terpencil dan memang memuatkan 2-3 studio jamming sahaja.Akan tetapi,niat mereka ingin meluaskan & mengumpul band2 tempatan adalah sangat murni dan harus di teruskan.Sokongan dari pihak2 yang sepatutnya juga harus di perlukan bagi meluaskan bakat anak2 tempatan kita dalam bidang muzik ini.
Saya berkesempatan melihat aksi 3 buah band yang membuat persembahan selama 2 jam itu.Antara band yang membuat persembahan adalah:-
1)What Happen To The Borneo
2)???
3)The Mines
Ini adalah sebahagian gambar2 yang telah saya ambil masa persembahan tersebut
Inilah dia vokalis kumpulan The Mines yang famous dgn lagu "Katakan Pada ku" serta "Awan Hilang".Dia jugalah nadi pengerak GiG2 yang berlangsung di daerah Sandakan ini.
Inilah band yang di tungu2 untuk membuat persembahan.tetapi aku lupa la apa nama band ini.mereka mendendangkan lagu NIRVANA.dan kesemua yang hadir turut BANGGING mengikut lagu yang di mainkan,cayalah guyz.saya tngu lagu kamu sendiri untuk dimainkan di sabahanfm
Walaupun sempit,namun ianya tidak menghalang niat mereka untuk berkarya
Lihat saja pengunjung jamm session ini.sampai indak muat tu kedai...
Inilah dia penganjur bagi acara OPEN JAMM ini iaitu POMEY STUDIO.