JANGAN BUAT MASA BEKERJA

by 9:33 AM 0 comments

Rasa terkilan dan kecewa juga bila dapat tahu yang acara pertandingan muzik BATTLE OF THE BAND itu telah di laksanakan sewaktu hari bekerja.Sebelum itu, flyers ada keluar yang ianya berlangsung pada hujung minggu.Tetapi, telah di ubah tarikhnya atas sebab sebab tertentu.

Bagi saya, acara sebegini rupa sepatutnya di anjurkan di waktu hujung minggu atau hari kelepasan am.Yang mana, kita dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung yang hadir.bukan itu sahaja, malah penyokong serta sanak saudara peserta juga dapat menyaksikan persembahan peserta peserta ini di atas pentas.

Kalau ianya di buat waktu bekerja, seolah olah hanya peserta yang berhampiran sahaja yang dapat menyaksikannya.Secara tak langsung, penyokong serta peminat tegar kepada acara battle akan kurang.

Diharap, kepada mana mana penganju acara ini cuba usahakan agara acara ini di laksanakan pada hujung minggu dan bukannya masa bekerja.Dengan cara ini, anda mampu membantu menaikkan lagi sokongan serta sambutan terhadap konsep LIVE BAND untuk masa akan datang.


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..