Orang pitas tidak kenal HOKAGE X?

by 11:25 AM 0 comments


Memang tidak dinafikan lagi yang saya tak ada masa nak update blog sendiri atas sebab mengutamakan website onlinefm dan program program yang telah di aturkan untuk masa akan datang.Tetapi,terasa sedih juga la,sbb ianya dibiarkan macam tu sahaja.Tergerak pulak jari jemari ini untuk membuat sebuah artikel "LUAHAN RASA" oleh seorang pemuzik yang tidak mendapat perhatian oleh pihak pihak sepatutnya.Sebelum tu,saya tulis artikel ini bukanlah nak memandai mandai,tetapi,saya nak kongsikan apa sebenarnya yang dialami oleh kumpulan ini specially vokalis mereka.

So,kebetulan baru baru ini saya membuat kerja lapangan di daerah Pitas dan sempat meluangkan masa bersama salah sorang ahli kumpulan yang mana gambar mereka anda telah lihat di atas.Tak lain dan tak bukan iaitu kumpulan Hokage X

Memang selepas anda membaca artikel ini,anda akan turut bersedih dengan apa yang terbuku di dalam hati kumpulan ini.Dimana pada malam tu,Vokalisnya iaitu brader mail serta drummer mereka yang hadir meluangkan masa makan malam di restoran Indah Challet di tepi laut tu.

Brader mail merupakan vokalis kepada kumpulan ini dan seperti mana yang kita maklum,dia kini dah berusia 41 tahun.Kalau di nilai melalui faktor umur,memanglah dia dah OTAI,tetapi cuba nilai dari segi mutu persembahan di atas pentas serta kualiti suara yang dilontarkan.rasanya dia boleh bersaing dengan penyanyi yang 20 tahun lebih muda darinya.

Sebenarnya,dia adalah seorang ayah dan tidak mempunyai kerja yang tetap.menurutnya,dia melakukan kerja kerja kampung antaranya turun ke laut, menjadi sub kontrektor serta membawa penumpang dari kampung ke pekan Pitas.Jadi,dengan pekerjaan sebegitu,sydah tentu pendapatannya pun amatlah terbatas.Tetapi,semangat kental dia terhadap muzik tidak pernah luntur.Walupun usia sudah meningkat,ianta ibarat resmi padi,makin tunduk makin berisi.Ngam bah tu  kan pepatah ni.Kalau silap,kasi betul jak aah..:)

Berbalik kepada kuahan rasa brader mail selama dia berkecimpung dalam muzik ini.Rasanya tak ramai yang tahu apakah yang dihadapi oleh kumpulan kelahiran daerah utara sabah ini. Memang mereka sudah terlalu lama dalam muzik scene ini.Menurut brader mail,sebelum tahun 2000 lagi,band ini telah ditubuhkan.Dan mereka sentiasa membawa nama PITAS di mana mana pertandingan Battle Of The Band sekitar Sabah.Malah meraka juga dikenali dikalangan band band sekitar sabah.Kehadiran band ini di arena battle amat dinantikan.kerana bukan senang nak tengok persembahan mantap dari mereka.Cuma,itulah...didalam keceriaan air muka mereka ini,tersimpan 1000 kesedihan yang rasanya saya nak kongsikan kepada pembaca semua.


Bayangkan,mereka berada jauh nunnnnnn di sebelah utara Sabah mampu menandingi kumpulan kumpulan yang ada di bandar KK dalam pertandingan berprestage di sabah iaitu Stompin Sabah dan melayakkan naik di pentas yang memang GAH sekitar bandar KK di tahun tersebut.Akan tetapi,yang amat sedihnya bila mana dia memberitahu bahawa, pada malam konsert tersebut, ada antara penonton yang hadir nerasal dari daerah  kampung mereka tidak mengenali siapa itu HOKAGE X.Dan yang paling magik,orang orang Pitas tak percaya yang kumpulan Hokage ini pernah naik di pentas Stompin Sabah ada tahun 2010.Ini barulah magikkkkTapi,kata brader mail,tak apa.ianya dah biasa mereka lalui dimana orang sendiri kurang memberikan sokongan kepada mereka ketika mereka berada di atas pentas atau membuat persembahan di luar daerah.


Saya diberitahu bahawa mereka bakal mengeluarkan AMBUM pertama mereka yang mana memuatkan 10 buah lagu termasuk lagu hits mereka iaitu BUNGA REFLISIA didalam album tersebut.Mereka menggunakan khidmat Moes Studio dalam pembikinan album ini.Menurut brader mail,kos untuk menghasilkan ALBUM ini sekitar Rm15,000.

Wawww,satu angka yang amat digeruni oleh pemuzik pemuzik kini.Bukan jumlah yang sedikit,tetapi ianya memerlukan satu pengorbanan yang tinggi dalam bentuk kewangan.Sepertimana yang diberitahu,brader mail adalah seorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap.Kini beliau hanya menjalankan kerja kerja kampung.Jadi,sudah tentu,menjadi satu kesukaran bagi brader mail dan ahli kumpulannya untuk mengeluarkan modal sebegitu besar.

Namun dia memberanikan diri untuk bertemu orang kenamaan di daerah tersebut untuk mengajukan masalah kekurangan DANA/MODAL bagi mengeluarkan album dari anak jati daerah Pitas ini.Akan tetapi,harapan menggunung mereka telah musnah apabila orang kenamaan tersebut tidak mengendahkan permintaan mereka ini.Malah brader mail di arahkan supaya mencari dana sendiri bagi mengeluarkan sesuatu yang belum tentu ada hasilnya kata orang kenamaan tersebut.

Amacammm...indak kau kena berikan kata kata yang boleh melunturkan semangat mereka...




Namun,itulah bak kata pepatah,hendak seribu daya,tak ndak seribu dalih.Sedikit demi sedikit,mereka cuba mengatasi masah ini.Alhamdulillah,hanya berbaki Rm700 sahaja lagi,yang perlu mereka jelaskan kepada syarikat rakaman tersebut bagi menrialisasikan impian anak jati kelahiran Pitas ini.Insyallah,besar kemungkinan setelah semuanya telah siap diatur,mereka akan menggadakan sessi perlancaran AMBUM PERTAMA mereka ini di Kota Marudu.

Ha,Kota Marudu?...kenapa bukan di Pitas...Brader mail telah menyatakan yang mereka besar kemungkinan akan membuat perlancaran di Kota Marudu.Ini kerana,mereka telah mendapat sokongan sepenuhnya dari orang kenamaan yang ada di daerah tersebut.Malah mereka telah dijanjikan akan di SPONSER Rm10,000 oleh orang tersebut bagi pembikinan Album kedua.Alhamdulillah,tersenyum gembira saya bila mendengar kata kata tersebut yang mana brader mail sendiri tak sangka orang di tempat lain lebih menghargai mereka.

Sebenarnya,brader mail antara orang yang berpengalaman dalam muzik ini.Bukan sahaja suaranya,malah beliau juga sedang menghasilkan lagu lagu tempatan untuk penyanyi baru.Malah dia juga lah yang mencipta lirik lagu rasmi Kota Marudu.Tetapi,minatnya terhadap muzik tidak habis disini sahaja.Dia akan membantu anak anak jati kelahiran tempatnya sendiri untuk bangkit dan memeriahkan lagi suasana muzik sekitar Sabah terutamanya.

Diharap kelahiran Album sulung kumpulan ini akan membuka mata warga utara sabah dan akan lebih ramai lagi belia belia yang tampil dengan aktiviti aktiviti muzik seperti mereka.Penuhkan masa lapang belia belia sana dengan bermain muzik.Sediakan kemudahan yang sewajarnya bagi mereka mendekatkan diri dengan muzik.Dan sudah tentu HOKAGE X amat memerlukan sukongan dari anda semua kerana..

kalau bukan KITA,SIAPA lagi...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..