Kalau tak penat memang tipulah kan,12 jam berdiri dan amat kurang duduk adalah satu aktiviti yang memang penat tetapi best jugak la.Mana tidaknya hari tersebut adalah hari paling best dimana lebih 25 buah band KK beraksi atas satu pentas yag sama.
Berikut adalah beberapa keping yang sempat aku ambik dengan menggunakan kamera biasa biasa sahaja.Almaklumlah,belum berkemampuan memiliki kamera yang zoomnya panjang panjang tu...
Kumpulan pertama yang membuat persembahan pada konsert tersebut iaitu CHAMOMILE.Inilah antara band yang mana aku sempat bergambar atas sebab ditugaskan menjadi pengacara sehingga jam 4 petang
CRESIA |
Penyokong yang seawal jam 10 pagi dah mula ada di hadapan pentas |
Head bangging dari seorang awek dimana kumpulan CRESIA sedang membawakan lagu MANUSIA |
MACBETH juga membuka booth yang mana mendapat sambutan dari segi jualan mereka |
KKBandwidth membuka booth bersebelahan dengan booth onlinefm |
Belia belia INSPIRASI yang sedang berhenti makan sebelum memulakan tugasan yang mereka terima dari pihak penganjur |
Aksi Bro Ligong dengan kamera BARU yang dibelinya sehari sebelum konsert |
"SENANDUNG Rangers" yang memberikan support pada semua band seawal jam 10 pagi hingga tamat |
SENANDUNG Rangers yang terdiri dari brader brader yang memang rock habis... |
Suppoter kumpulan MAKHLUK yang terdiri dari belia belia lahir dizaman IT,tapi berjiwa ROCK KAPAK 80an |
Inilah HEAD BANGGING penangan Rock Kapak di tahun 2012 |
Drummer kumpulan MEREJEEN iaitu KISS antara menjadi port peminatnya untuk sessi HEADBANGGING |
Mamat ni dah tak perasan yang makcik RELA tu tarik seluarnya untuk memberitahu untuk turun dari pentas |
NADIA ALI (salam untuk kekasih) juga memberi support kepada band band yang membuat persembahan |
kelihatan seorang sahabat lama baru terjumpa dalam konsert ini.Dia dah berimej baru dimana dulu mempunyai rambut yang panjang.Kini dah macam student upper six..:) |
My family juga hadir diwaktu petang |
Salah seorang member telah membeli sepasang kasut MACBETH.fuiyoooo |
Koleksi CD yang telah diberikan oleh beberapa buah band untuk dimainkan di OnlineFM |
Nadia Ali juga sempat menyerahkan single terbarunya yang kini sedang hangat di corong radio.Dia juga seorang rockers yang amat dikelai suatu ketika dulu |