Showing posts with label studio rakaman. Show all posts
Showing posts with label studio rakaman. Show all posts

Keningau merupakan sebuah daerah yang boleh dikatakan ramai juga penduduknya yang terdiri dari berbilang suku kaum dan bangsa.Ada yang local (sabahan),dan ada juga yang international (pendatang).Tapi,tak kisahlah sebab saya bukan nak bagi info pasal penduduk disana..:)

Kalau anda lihat gambar di atas tu,nampak mcm sebuah logo biasa jak kan.Tetapi,logo itu adalah HARAPAn kepada pemuzik pemuzik di keningau sekarang ini.Logo tersebut adalah milik sebuah stdio rakaman yang terletak di daerah Keningau.Kalau secara tepatnya,saya kurang pasti.tetapi kalau nak tahu pemilik studio itu,saya yakin dimana tauke merangkap sound engineer bagi studio tersebut adalah Mohd Al Fatih atau naga glamornya UYU.


Uyu adalah orang yang bertanggungjawab melahirkan beberapa buah hasil karya yang boleh dibanggakan.siapa kata,orang orang jauh dipedalaman serba kekurangan.Itu pepatah sebelum tahun 2000 lah bro,now its a new era with full of software.perghh,speking plak saya .....:P

Kalau anda lihat FB brader ni,dia juga merupakan seorang pemuzik dan juga merupakan salah seorang ahliu kumpulan yang sangat femos dengan lagu 28 Minit.Sudah pasti anda tahu akan lagu tu kan.Nahh,dialah ni orangnya.Ahli kumpulan Nokuro 29.Saya antara salah seorang peminat kepada lagu tersebut.Saya boleh anggap lagu tu adalah lagu pencetus idea kepada lagu lagu baru dimana dalam lagu tu,penggunaan 3 bahasa diselitkan oleh band Nokuro 29 ini.Siap ada suara sumandak lagi kan..


Haa,tu dia gambar UYU (ditengah) ketika zaman mudanya.hehehe,jangan mare ya bro.Baiklah,berbalik kita kepada story studio milik UYU ini.Studio ini merupakan hasil usahanya sendiri dengan bantuan member member rapatnya.Memang benar,saya belum lagi menjejakkan kaki ke studio ini.Tapi,insyallah,dalam masa terdekat ini saya PASTI akan masuk dan mendapatkan infomasi lanjut.

Siapa sangka,studio yang serba kekurangan dari segi peralatan canggih, kemudahan yang selesa seperti studio rakaman di bandar telah melahirkan beberapa buah artis rakaman.Itulah,bak kata pepatah HENDAK SERIBU DAYA,TAK NAK SERIBU DALIH.Antara artis yang telah dilahirkan dari studio ini adalah kumpulan Buzzing Joker.Yanag mana juga anak jati kelahiran daerah keningau.EP mereka sedang dalam proses promosi disekitar Keningau.Dan telah berjaya memasuki carta lagu di stesen radio KeningauFM

Inilah,yang kita harapkan dengan adanya studio rakaman seperti ini dapat memberikan semangat dan harapan kepada belia belia disekitarnya untuk bekarya dan boleh dikongsikan kepada peminat mereka melalui CD AUDIO.Diharapkan UYU akan teruskan usaha mncari bakat bakat baru terutamanya belia belia dikeningau untuk menghasilkan lagu lagu yang mantap.

Pada yang tak pernah dengar lagu 28 minit,meh kita check it out youtube kat bawah ni...



Minggu lepas aku berkesempatan membuat kerja luar di daerah Tawau dan dalam masa yang singkat aku sempat menjenggok salah sebuah studio yang menjadi harapan band band tawau dan sekitarnya iaitu Smile studio.Niat dihati adalah untuk betrjumpa dengan taukenya iaitu Jun Jun,tapi malangnya masa tak sesuai dimana dia tiada dalam studio.Yang hanya ada pekerjanya dan beberapa pemuzik tawau yang sedang lepak di sana


Studio ini terletak betul betul di tengah bandar Tawau dan memang mudah untuk dikesan.dengar cerita sejak kebelakangan ini,memang ramai band telah merakamkan lagu DEMO,SINGLE mereka disini.Pelbagai konsep serta genre telah siap dilaksanakan oleh sound engineernya iaitu Jun Jun.Cuma,saya tak sempat mendapatkan salinan lagu lagu tersebut.Insyallah,mereka akan menghantarkannya menggunakan email dan lagu tersebut akan di mainkan di OnlineFM


Studio ini memang luas dan ianya menjadi pilihan beberapa penganjur gigs melakukan program tersebut di dalam studio ini.Insyallah pada hujung bulan ini,satu gigs akan berlangsung disini dan menjadi lokasi tempat berkumpulnya belia belia yang minat akan muzik termasuk yang berada di luar Tawau


Kelihatan Pak Tam dari band Noisy Crush ada di sana serta temannya.Mereka banyak memberikan informasi yang berlaku di daerah tawau sejak kebelakangan ini.


Siap ada kawasan santai VVIP lagi woo..inilah kelebihan di Smile Studio ini.Pelbagai kemudahan untuk pengunjung telah disediakan


Ini pula adalah bilik rakaman dimana boleh tahan luasnya dan ternyata amat selesa bagi sesiapa sahaja yang ingin merakamkan lagu.Kesemuanya tersusun rapi dan sentiasa diperika akan gadjet gadjet tersebut oleh pekerja pekerja studio ini


Kurang 30min aku di dalam studio ini,nyata memang tak cukup rasanya untuk mencari bahan untuk dikongsikan pada penbaca blog ini.Tapi,adakah juga yang membaca bloh ini aah???

Its ok,tiada paksaan juga bah kan,yang penting nawaitu tu tetap utuh dan ianya tetap akan dikekalkan untuk kebaikan pengiat muzik tempatan terutamanya sekitar Sabah kerana KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI..




Kemarin petang ketika program HANG OUT WITH aku terserempak dengan beberapa ahli kumpulan Chamomile yang mana sedang menantikan seseorang.Rupanya mereka on the way ke studio rakaman yang terdapat di sekitar Penampang untuk proses merakamkan EP.

Alhamdulillah,tidak dinafikan ramai band band sekitar KK telah bangkit dari lena dan melangkah setapak lagi dalam menjadikan lagu mereka dalam bentuk audio.Menurut mereka,kali ini mereka menggunakan khidmat sorang komposer yang pasti ramai yang kenal iaitu gitaris kepada kumpulan W.O.R.M iaitu Chet@WORM


Jadi,semestinya Chamomile memang inginkan sesuatu hasil yang mantap dan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.Sudah pasti proses rakaman EP ini memakan masa sedikit dan ianya akan kita ketahui dalam masa terdekat.Kepada semua band,teruskan support each other dimana masanya telah tiba untuk BAND ANDA mengeuarkan kualiti muzik yang mantap dan menjadi trend anak muda generasi sekarang.
Ain(Goyang72)
Baru baru ini saya terCHAT dengan alah sorang orang kuat kumpulan muzik yang memang dikenali di kalangan member membernya iaitu AIN .Dan saya bertanya bila goyang72 nak buat show.Dan dia pun memberitahu bahawa band GOYANG72 sekarang ini sedang menyiapkan beberapa lagu dan sekaligus masuk ke dalam studio Eyes Ears Production untuk merakamkan 5 buah lagu.Pehhhh..


Dalam diam,mereka nak buat kejutan pada peminat yang sentiasa dahagakan muzik kreatif dari band ini.Dalam masa terdekat ini,band ini akan membuat persembahan dalam satu program amal iaitu Move! Art Festival yan akan berlangsung pada bulan hadapan.So,jangan lupa untuk menyaksikan persembahan menarik dari band ini.dan jangan lupa ambik gambar sekali guna kamera DSLR korang tu lah yer.Bleh tagg dengan aku skali.heheh

Apa apa pun,sama sama kita nantikan EP atau lagu terbaru oleh band ini tak lama lagi.Bila,itu kena tanya Ain lah....

Smile Studio,Tawau
Seperti yang sedia maklum,baru baru ini selain Sandakan Tawau juga tidak mahu ketinggalan dalam acara open jamm atau gigs ini.Kali ini,Smile studio telah menganjurkan Mini Jamm yang mana mereka sekadar ingin kasi panas panas minyak saja.Menurut tuan punya studio iaitu Brader Jun dia ada memberitahu yang mereka iaitu studio Smile akan menganjurkan Mini Jamm dalam masa terdekat ketika aku berkunjung ke Tawau awal bulan julai yang lepas.

Dia juga memberitahu bahawa hanya 2 band sahaja.Antaranya yang membuat persembahan iaitu Harmonika.kalau di perhatikan melalui gambar,boleh tahan juga sambutan dari belia belia sekitar Tawau ini.Cuma,aktiviti ini tidak begitu di hebahkan secara hebat kerana studio ini terletak di tingkat satu dan amat kurang sesuai diadakan showcase.kalau sebagai mini jamm atau panas panas,sure teda hal punya..

sebahagian crowd yang hadir
Kecil tidak bermakna kekurangan yang hendak ditampilkan.Akan tetapi,semangat untuk memberikan peluang kepad anak anak muda atau belia belia yang minat akan bermain muziklah yang harus di utamakan.Mereka dah sedia maklum tempat ini kecil,tapi tetap nak datang dan menyaksikan persembahan dari band tawau yang bakal menempa nama di persada muzik tanahair dengan bantuan dan support orang sekeliling.


Jun
Inilah tuan empunya studio yang dikenali sebagai smile studio iaitu Jun.kalau nak tahu nama penuh,aku sendiri tak pasti la bro.itu kena tanya sama tuan punya badan le.Dialah yang memainakan peranan sebagai penyuntik semangat kepada band band sekitar  tawau ini.dengan menawarkan harga yang berpatutan dan tunjuk ajar dalam bermain muzik,rasanya studio ini akan kekal lama dan menjadi harapan kepada warga tawau yang ingin merakamkan lagu.Bukan saja band,malah penyanyi solo juga boleh membuat proses rakaman di sini.

Apa pun,rasanya Mini Jamm ini tidak habis di sini saja.Akan ada lagi kesinambungan event ini pada masa akan datang.Dengan harapan,inilah masa yang sesuai untuk kemunculan band band baru memeriahkan suasana industri muzik tempatan terutamanya di Sabah ini. 

Borneo Music Tecnology

Rasanya inilah kali pertama aku menulis artikel mengenai studio rakaman sekitar Sabah terutamanya di area Kota Kinabalu.Sebelum itu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemilik studio ini atas kesudian menjemput dan memberikan kerjasama bagi segala keperluan yang aku perlukan.

Borneo Music Technologi ini terletak di dalam bangunan North Star City bersebelahan Asia City.Iaitu di tingkat 1.Bukan susah pun nak cari.Terang terang papan tanda besar kelihatan di salah sebuah lot di sana.

Antara peralatan di dalam studio
Pada mulanya,aku terperanjat dan tergamam kerana studio ini memang kecil dan sangat KIUTTTT.Tapi,bak kata orang lama lama,kecil kecil cili padi,besar besar lada kering.yang mana lagi pedasss...

Betul,memang kecil dan amat sesuai dengan dengan status mereka yang bergerak secara perlahan lahan.Bukannya apa,mereka tak nak invest terlalu besar tetapi hasilnya tak boleh menampung kos yang di keluarkan.Tapi,lain cerita,aku sudah juga masuk dalam studio rakamannya tuh.pehhhhhh,alat alat muziknya lengkap dan tersusun kemas dan rapi...

Dalam studio rakaman
Biarpun bilik rakaman ini kecil,mereka memang pandai membuat susun atur dan rasanya ini tidak menjadikan satu masalah bagi sesiapa yang ingin merakamkan lagu di sini.Bukan ruang kecil yang dijadikan ukuran,tetapi,hasil rakaman dari SOUND ENGINEERnya yang harus di idamkan oleh pelanggannya.


Mixing & Mastering Room
Dengen berbekalkan beberapa gadjet,seperti mixer,desktop dan perisian yang terkini  Borneo Music Technologi atau BMT,mereka telahpun menghasilkan beberapa buah lagu daripada pemuzik pemuzik tempatan.Bukan sahaja band berkumpulan,malah penyanyi solo pun telah merakamkan lagu mereka disini.Saya raya,penyanyi ini dah yakin akan kebolehan dan kemampuan BMT ini menghasilkan lagu dalam kualiti yang diharapkan dengan harga yang berpatutan.Rasanya BMT tidak lokek dengan pengalaman,kerana setahu saya mereka mereka ini sudah banyak pengalaman dalam bidang muzik dan sampai sekarang juga masih dalam sebuah band dan masih lagi membuat penambahbaikkan mutu rakaman dari masa kesemasa.

Pandangan dari luar
Kepada yang ingin mencuba perkhidmatan BMT ini,jangan segan silu untuk berkunjung atau menjengok jengok stui ini kerana anda ada hak untuk membuat keputusan,bertanya seberapa banyak soalan kepada tuan punya studio serta sound engineer sebelum anda merakamkan lagu anda.Mereka juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menjawab sebarang soalan dari anda sebelum urusan rakaman bermula.Kerana mereka amat mementingkan keperluan pelanggan dan keutamaan pelanggan mereka.

Chet@Hide
Nahhh,inilah dia salah sorang pemilik studio Borneo Music Technologi ini.Rasanya dah ramai juga yang mengenali chester a.k.a Chet@hide ini.Apa tidaknya beliau juga merupakan salah seorang anggota kumpulan WORM yang dikenali ramai suatu ketika hingga kehari ini.dalam masa yang sama,dia juga mempunyai band lain yang dikenali sebagai HIDE.

Chet merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memastikan segala proses rakaman lagu berjalan lancar dan mengharapkan hasil yaang berkualiti.Dan dia juga ingin melihat anak anak muda yang berbakat besar dalam muzik di bantu dengan memberikan tunjuk ajar ketika sessi merakamkan lagu bermula.Chet tidak pernah rasa rugi atau berkira akan semua ini,kerana dia juga bermula dari bawah dan tak tahu apa apa mengenai muzik.Hingglah ke hari ini.dia ingin membantu anak jati Sabah maju dalam muzik

Kaynizam Maskor a.k.a Kay@worm
Siapa tak kenal dengan kaynizam Maskor atau lebih dikenali sebagai Kay@worm.Beliau adalah vokalis kepada kumpulan yang berkonsepkan muzik JRock di Sabah ini.Sememangnya ramai peminat dan ramai yang menjadikan band mereka sebagai idola.Apa tidaknya,mereka sering kali di jemput di majlis majlis yang besar dan ada pengaruh untuk membuat persembahan pembukaan atau showcase

Kay  juga merupakan salah seorang  yang akan membantu dalam proses merakamkan lagu dan juga penulisan lirik.Sekiranya ada antara anda yang ingin kan lagu,boleh berhubung dengannya melalui facebooknya iaitu kaynizam.Kalau nak mintak no talifonnya,nah yang itu tak dapek den nak menolongnye.Keno mintak le sendiri dari tuan empunya badon..:)

Diharap kepada band band yang teringin merakamkan lagu atau bertanya mengenai muzik atau yang sewaktu dengannya,jangan segan silu,mereka berdua sentiasa sudi membantu.Mengengenai harga untuk merakamkan DEMO,SINGLE ,EP mahupun ALBUM,korang kena tanya kepada mereka berdua jugak la.Sebab saya tak tahu menahu akan hal ini..:)

p/s
lepas ni,studio mana plak yang sudi invite saye aah?
HARMONIKA
Last week aku bertugas di luar kawasan dan Tawau adalah antara tempat tugasanku.So,aku tak melepaskan peluang untuk berjumpa band band yang ada disana.Antara yang cuba aku hubungi adalah band Harmonika.Ini kerana mereka semuanya berasal dari Tawau

Smile studio
Setelah sampai di Tawau,aku terus lepaking dengan budak budak Harmonika dan mereka mengajak aku mengunjungi sebuah studio rakaman yang baru buka yang di beri nama Smile studio.Tuan punya studio ni bernama Brader Jun.Beliau juga seorang pemuzik dan sangat berpengalaman dalam perkara perkara yang melibatkan muzik.Selalu juga datang ke KK untuk membuat janji temu dengan local act dan juga komposer komposer lain.


PakTam (Noisy Crush)

Sampai di studio,rupanya PakTam juga ada disana.bah,makin rancaklah cerita kami pasal scence di Tawau akan datang.Menurut mereka,pada tahun depan,mereka nak adkan satu open jamm yang akan menaikkan music scence di Tawau.Tapi,buat masa ini,mereka kena buat peranangan secara teratur dahulu.Kerana nak pastikan ianya berjalan lancar dan mencapai misi yang di harapkan



Aku dan pihak onlinefm berbesar hati sekiranya scence tawau memberikan peluang kepada kami untuk bekerjasama dalam merialisasikan impian warga tawau yang inginkan music scence di tawau ini dapat sambutan terutamanya lingkungan belia belianya.

Sama sama kita bangkitkan semangat anak anak muda ini untuk melibatkan diri dalam muzik yang mereka sukai.Dalam masa yang sama,kita tanamkan sikap NO DRUGS,NO ALCOHOL & NO VIOLANCE dalam diri mereka.Ini adalah tugas yang penting bagi setiap penganjur yang menganjurkan program program sebegini rupa.