Showing posts with label band Kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label band Kota kinabalu. Show all posts
Frontman Company

Nampaknya tahun ini ramai kenalan saya band boy bakal menamatkan zaman bujang mereka.Bagus lah bah kan, kalau dah sampai jodoh dan cukup persediaan, maka jangan di kasi lama lama benda baik ni.Mendirikan MASJID ni kena di buat kadar segera.

MUTTAR@FRONTMAN COMPANY 
Kini tiba masanya untuk KINGs menamatkan zaman bujangnya. Jemputan menerusi laman media sosial sudah diterima. Boleh lihat disini Jemputan Majlis Pernikahan Dan Persandingan Embak Murshidah & Pak Muttar.

Apapun, nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU pada KINGs :). Moga berkekalan hingga ke anak cucu.

p/s
Jangan terkejut dengan tajuk artikel ni. Hanya mereka mereka tertentu yang tahu kisah pemancing laut dalam ni. Muttar a.k.a KING salah seorangnya lah :P


Saya kenal band ini sudah lama.kalau tak silap tahun 2013 lagi.Cuma, kenal nama dan dengar lasu single mereka jak la.Kalau jumpa dan berkenalan belum lagi.masa tu, saya telah diberikan sebuah lagu yang berjudul "KAU TIPU AKU".Tu lagu sudah pun berada didalam sistem playlist autorun ONLINEFM.Memang best tu lagu.bikin kaki begoyang..

Jadi, pada malam semalam secara rasminya kumpulan yang di anggotai oleh pemuzik pemuzik hebat ini telah pun membuat perlancaran single kedua mereka iaitu "MASIH DISINI".Dimana perlancaran ini di buat di HOTROD Cafe yang terletak di bangunan Warisan Square.


Selain Patin band, mereka juga telah menjemput beberapa pemuzik sebagai "opening act".Antaranya kumpulan The Ariez, Key Abraham, Orang Planet.Selain itu, ada penampilan penyanyi baru "ASHA" yang bernaung di bawah lable PURPOSE RECORD milik penyanyi lagu "APA MACAM" iaitu Jonathan Tse.

1st time lah saya menyaksikan perlancaran di Hotrod.Yang mana ianya mendapat sambutan sahabat pemuzik serta orang awam.Boleh dikatakan full seat juga la.sampai ada yang duduk di luar.dengar lagu jak lah.sebab di dalam sudah pack.Ini membuktikan yang scene muzik lokal makin mendapat sambutan.

Apapun, tahniah saya ucapkan kepada PURPOSE RECORD, khususnya big bossnya iaitu Mr Jonathan Tse atas perlancaran ini.Secara tidak langsung, membuka peluang kepada local act serta mana mana organiser untuk menggunakan HOTROD sebagai VENUE untuk sebarang acara yang berkaitan dengan muzik.

p/s
saya ndak sempat jumpa JUN JUN, terpaksa balik dalam jam 10.30..:(



BornNeon adalah antara kumpulan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam pencarian YAMAHA BAND MENTOR SEASON 4 FINALIS.Dimana acara ujibakat telah pun berlangsung di KK pada hujung bulan ogos yang lepas.Dalam ramai ramai band yang ujibakat, 2 kumpulan telah mencuri hati juri pertandingan dimana kumpulan BORNNEON & DOMINANT 5th OF BORNEO bakal mewakili negeri sabah.

Sebanyak 5 buah kumpulan yang bakal berentap dalam acara final pada hari ahad ini iaitu 13 september ini.Dimana 2 buah kumpulan dari Penang dan 1 dari Selangor.Lokasi acara ini bertepat di BOULEVARD, LEVEL G, PARADIGM MALL, Kuala Lumpur.

Oleh itu, marilah sama sama kita dakan dan berikan sokongan moral dengan ucapan kata kata semangat kepada kedua dua buah kumpulan ini.Yang mana mereka sekarang ini dalam proses latihan di tahap maksima.Ini kerana, pemenang bagi acara in akan mewakili MALAYSIA ke negara matahari terbit iaitu jepun pada hujung tahun nanti.

Rasanya, itu adalah lokasi idaman vokalis kumpulan BORNNEON ini sejak beliau masih dalam kumpulan WORM lagi. Nampaknya kay, impian ko bakal tercapai. sedikit sahaja lagi, ko akan memijakkan kaki ke negara dimana pelopor muzik JROCK.Apa pun, good luck pada anda semua dan saya tumpang gembira bro.

p/s
tu jak la. kamu jaga jaga jak montonk tu.nanti dia ndak mau pulang KK.susah plak tau..:P


BUKAN MUNGKIN, adalah single terbaru dari kumpulan THE ARIEZ.Lama juga dorang ni hilang dan sunyi. tap tap, dah ada single terbaru.Cayalah guyz,,,

Pada mulanya, 1st saya dengar lagu ni beberapa bulan lepas di mainkan di dalam radio.saya dah boleh cam lagu tu milik arize.sebab tone suara props (vokalis) sudah ramai yang kenal. ala ala penyanyi dari seberang sana. memang sedap dan lunak.Ditambah lagi dengan bait bait lirik yang buat cewek cari bila dengar.

Apa pun, band ini memang antara band yang hebat dan terbaik.cuma, rezeki dan platfom utk mereka melangkah lebih jauh amat tipis dan sukar.Yalah, sabah bukan mudah nak popular di media mainstream specially di radio dan TV.Faham faham saja lah, ianya sudah jadi lumrah dari dulu lagi.Tapi, saya tetap salute dan respek dengan band band yang sentiasa bangun dan bangkit dengan karya mereka.

Medium internet menjadi harapan untuk mereka bekarya.Serta, laman sosial juga makin aktif dan laris.Jadi, tidak menjadi masalah bagi mereka berkongsi karya pada peminat mereka di laur sana.Apa pun, sata juga tak sabar nak dengar & tengok secara live lagu ini di persembahan sewakti #bmf4 bulan 9 nanti

Jadi, jom kita layan single terbaru dari jejaka jejaka macho ini..