Showing posts with label Metal. Show all posts
Showing posts with label Metal. Show all posts


Biarpun keratan akhbar ini dah berlalu sebulan namun tak salah kalau nak ucapkan tahniah kepada penganjur iaitu Shockwave Entertainment atas kejayaan menganjurkan Malaysia's Biggest Metal Music di kota Kinabalu bulan lepas.




kalau anda lihat dari gambar yang telah di ambil ketika showcase tersebut berlangsung ternyata suasana didalam vanue tersebut memang gempak dan hapenning.beberapa buah band tempatan KK telah membuat persembahan yang amat memberansangkan.Ditambah lagi dengan kemunculan band jemputan iaitu Massacre Conspiracy ternyata sambutan yang diharapkan memang tercapai.


Sudah pasti kejayaan ini tidak akan habis di situ sahaja.Rasanya penganjur sedang membuat plaanning untuk mengadakan kesinambungan akan konsert metal ini di masa yang terdekat.Sama sama kita nantikan melalui laman sosial mereka iaitu Shockwave Entertainment KK

The Borneo Post (5th November 2011)
Tahniah kepada tulang belakang komuniti ini iaitu pasangan adik beradik  Nuk & Amos atas keberanian mereka menganjurkan Metal fest yang boleh dikatakan hapenning sambutannya dari follower mereka.
Manggas

Kepada yang tertanya tanya kenapa band ini mendiamkan diri atau kurang dapat jemputan dalam mana mana gigs.Sebenarnya mereka ini sedang dalam proses penyiapan EP mereka yang akan keluar dalam bulan ini.Kalau tak silap akan menemui peminat mereka pada  20 November 2011 ini.

"Kuraya"
Haaa,ada nampak flyers diatas tu.Ini adalah khas untuk peminat ereka dan yang menanti kemunculan EP dari band ini.Saya ingin ucapkan weldone to them specially  vox pada band Manggas iaitu brader Jairo.Dia ada juga bagi sedikit ilmu pengetahuan tentang muzik ini.Dan dalam diam,dia dah nak keluarkan EP.More detail pasal EP mereka,cuba klik SINI 


Brader Jairo
Jadi,apa tunggu lagi,pastikan anda mendapatkan koleksi EP dari band MANGGAS ini.Rasai sendiri sentuhan gitar brader Jai yang sudah pasti tak merugikan sesiapa yang membelinya.Alah bukannya mahal pun,sure anda mampu punya lah..

p/s
sure aku akan putarkan di OnlineFM bro...

Dalam masa yangs sama,aku juga ingin membuat hebahan yang berkaitan segala gigs yang akan berlaku di sekitar Sabah ini.Tak akan menumpukan pada 1 jenis konsep sahaja.Dan aku ingin mendekakan diri secara maya dengan pengemar gigs METAL dan lagu lagu Metal di Sabah ini.Sebarang kesilapan atau kekurangan info,harap ada yang sudi bantu dan beri tujuk ajar...

Sickening ART "Disecration Over SabahHell 2012"

Fuhh,nampaknya penganjur yang berteraskan muzik keras ini tidak pernah akan berhenti menyajikan sesuatu yang pastinya di dahagakan oleh peminat peminat mereka.Kalau sebelum ini,SUARA DARI BILIK ANGKER telah membuat satu kejutan dimana pihak penganjur telah menjemput beberapa buah band metal dari Seberang iaitu Indonesia untuk sama sama memanaskan keadaan,Kini pada awal tahun hadapan,sekali lagi perkara yang sama akan berlaku.

Pada 25 MARCH 2012 akan datang penganjur bagi Seckening ARTS iaitu DERANGEMENT PROJECT akan bergabung tenaga dengan BLASTFIRE PRODUCTION akan menampillan beberapa buah band International untuk santapan warga Sabah.


Antara band luar negara yang telah di undang bagi menceriakan suasana di dalam gigs ini adalah seperti yang anda nampak di dalam flyers di atas.


Cemerety Urn dari Australia juga telah membuat tempahan untuk menyajikan lagu lagu yang pastinya meningalkan kesan pada pengunjung yang hadir.


Dan sudah menjadi lumrah gigs yang berteraskan luar negara hanya MANTAK sahaja yang layak dan bakal menyerikan suasana stage selaku wakil dari negara Malaysia yang menjadi wakil.Semestinya peminat band MANTAK ini tidak pernah kurang,malah makin bertambah dan pastinya bagi 150% support akan diberikan.

Jadi,make sure anda MARK dalam kalender 2012 anda tentang gigs ini dan kalau bleh SHARE link mereka iaitu 'Desecration Over Sabahells' live 2012 di FB anda setiap hari agar ramai yang tahu kehadiran band band luar negara pada tanggal tersebut.



Sudah pasti kepada METALIAN2 yang ada diluar sana terutamanya sekitar KK dah mengetahui akan gigs bersejarah ini.Rasanya tak salah kalau aku memanaskan lagi di blog aku ini dan dikongsikan padan yang sudi membaca.

Segala informasi mengenai tarikh,masa dan tempat telah jelas tercatit di dalam flyers tersebut.Dan rasanya anda masih mempunyai masa lagi untuk membuat promosi pada member member yang memang minat akan muzik metal ini.

Mendiang
Kali ini  penganjur telah menjemput sebuah band Metal dari negara seberang iaitu Mendiang bersama sama memanaskan pentas di RAZZ MA TAZZ.Dan dengar cerita,band ini adalah sebuah band yang memang ramai peminta dan pengikut di negara mereka.

Dan apa pun yang berlaku,harap gigs ini berjalan lancar dan bersih.Apa pun tahniah pada penganjur yang menganjurkan sebuah gigs yang rasanya akan meningalkan sejarah pada tahun 2011 ini.

untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila klik Suara dari bilik Angker
Razz Ma Tazz
Seperti biasa,RAZZ MA TAZZ akan menjadi saksi akan gigs Metalhead Fest 2011 akan di anjurkan.Dan kali ini penganjur akan menampilkan beberapa buah band Metal  yang semestinya mempunyai AURA yang sangat hebat.Antaranya MORBIUS & PERPETUAL yang mana jarang sekali terlepas dari jemputan gigs sebegini rupa.

Kalau di lihat melalui flyers,terdapat support dari majalah metal Malaysia iaitu KARISMA.Harap harap lepas gigs ini akan terpampang gambar gambar yang di smbil ketika ianya berlangsung.Ini akan memperlihatkan lagi yang scen metal di Kota Kinabalu ini masih hangat dan tidak pernah luntur.
Manggas
Sekian lama aku berchatting mengenai muzik metal dengan seorang brader di FB,rupanya beliau adalah line up kumpulan MANGGAS.Dalam diam dia pun tak bising bising,almaklumlah low profile.But he so cool dan to good about teaching music.Kali ini aku mau INTRO mengenai sebuah band metal yang dah lama menyepi,sob sob mau keluarkan SINGLE terbaru.

Manggas di tubuhkan sekitar tahun 1998 yang mana masa itu Manggas di anggotai oleh 4 orang anak muda.Mereka adalah Bataris Sangpi (drum) C6 (Bass) Jairo (Guitar) dan Joad (Guitar+Vox)


Manggas suatu ketika dahulu
Menurut Jairo,mereka(Manggas) tak sangka dapat perhatian dari peminat peminat muzik metal.Sehinggakan mereka telah di intip oleh peminat mereka dimana setiap gerak geri,jamm session or lepaking line up Manggas di ketahui oleh peminat peminat mereka.

Kini kesemua line up line up ini dah bekerjaya dan masing masing ada keluarga.Sudah pasti ianya menjadi satu alasan untuk kurang aktif beraksi di pentas.Tapi,tak mustahil mereka akan COME BACK.


Minggu lepas saya telah menerima email dari salah seorang line up mereka dimana dia telah menghantarkan 5 buah DEMO dari kumpulan itu.Antara DEMO yang telah masuk kedalam email saya sendiri adalah:-

  • Haus Sarbatus
  • Sumpah Puaka
  • Batin Keramat
  • Rintihan Pujangga
  • Gimbaran
Lagu lagu ini sudah pasti akan aku mainkan di dalam Onlinefm didalam segmen ZONE METAL dimana kami cuba memperdengarkan lagu lagu metal kepada pendengar pendengar onlinefm.Di harap dapat sambutan daripada pengemar muzik Metal.

Sekiranya anda ingin mengenali kumpulan MANGGAS ini,anda boleh mengunjungi Myspace mereka iaitu Manggas dan sekiranya ingin mengenali mereka melalui facebook,sila add pages mereka iaitu Manggas

Tanggal 15 Januari yang lepas adalah tanggal keramat bagi pengemar muzik keras atau di kenali sebagi muzik METAL.Yang mana kali ini SICKENING ART dah melabuhkan tirai untuk kali ke empat dalam acara muzik bawah tanah (Underground) ini.Yang pasti kali ini penganjur telah menjanjikan sebuah band LUAR NEGARA akan membuat persembahan di pentas SICKENING ART ini.

Gigs ini berlangsung sekitar jan 12 tengahari hingga jam 9 malam.Dimana kali ini SICKENING ART menampilkan 10 buah band METAL termasuk 1 band luar negara.Antara band band yang telah membuat persembahan di dalam gigs ini adalah:-

  • Infernel Curse ( Oversea band)
  • Mantak
  • Dimezer
  • Mentally Murdered
  • Dark Power
  • Mortuary Ancentor
  • Demonyu
  • Deleted
  • Unlight Dawn
  • Dreaming Dead

Antara suppoter yang hadir
Memang tidak dinafikan walaupun muzik METAL ini amat sukar dapat perhatian dari orang awan.Pendek kata jenis muzik yang selalu  di anak tirikan.Namun jika kena dengan caranya sudah pasti ianya juga setanding dengan muzik muzik yang terdapat di dunia ini.Malah lebih POWER dan MANTAP dari segi persembahan pemuzik pemuzik itu sendiri.Tapi,yalah,masing masing ada pandangan mereka sendiri.keputusan di telingga orang itu.Sama ada ingin mendengar atau sebaliknya...

Layanzzz METAL
Inilah peminat peminat setia muzik METAL yang berlangsung di mana sahaja.Mereka tetap support semua band yang membuat persembahan di pentas tersebut.Malah mereka tak memilih band mana yang beraksi,semua layannnn...

K. Helvete Ov Mantak
Dalam banyak banyak gambar yang di post oleh brader Jairo Desecrator di FB beliau,Bassist MANTAK ini lah yang menarik perhatian aku.Dimana gaya persembahannya cukup memukau penonton yang ada di RAZZ MA TAZZ masa ini.Warna merah seakan akan darah adalah tread mark baginya.Lebih menghidupkan suasana persembahan di pentas tersebut.Biarpun aku teda di sana,melalui gambar saja,kita boleh tahu,rata rata pengunjung menanti persembahan MANTAK ini.Kerana band ini adalah sebuah band yang sering kali di jemput membuat persembahan di luar negara.

Band ini juga sering kali keluar dalam majalah majalah hiburan luar negara yang mana dapat sambutan di luar jangkaan peminat peminat muzik METAL luar negara.Muzik mereka sangat di minati dan di gemari di luar negara.Jadi,sudah pasti band band METAL tempatan menjadikan band ini sebagai band IDOL untuk mereka menurut jejak MANTAK untuk membuat persembahan luar negara.

Sekiranya anda ingin melihat gambar gambar ketika gig ini berlangsung,silalah berkunjung ke FB brader Jairo Desecrator.Kerana beliaulah reference aku dalam mengenali muzik METAL ini.dia juga seorang tukang gambar masa gigs ini berlangsung.

Teruskan usaha anda mempertahankan muzik METAL ini.Kerana muzik adalah UNIVERSAL.tiada sempadan untuk mengenali atau mempelajarinya.Hanya bergantung pada orang itu sendiri.

Support Metal sebab kalau bukan KITA,SIAPA lagi...
Mereejen
Kalau anda dengarkan intro lagu mereka yang berjudul MENCARI,anda akan teringat akan kumpulan METALICCA.Pasal itu aku sering kali mengganggap mereka ini Metalicca Sabah.

Mualanya MEREEJEN hanya band yang memainkan lagu lagu orang lain.Tapi kini mereka dah berani mengeluarkan lagu sendiri yang akan di kongsikan kepada sahabat sahabat mereka yang sudi mendengarkan karya mereka.Dan inilah Episod baru bagi MEREEJEN.

Kali ini mereka ingin mencuba nasib dengan mempertarujhkan single pertama mereka iaitu MENCARI dimana ianya telah pun di putarkan di radio2 online termasuk Onlinefm .




Rasanya mereka ini sangat berbakat dalam muzik yang mereka ceburi.Hanya masa dan karier sahaja menjadikan mereka kurang aktif.Tetapi,menurut lineup mereka iaitu brader SLASH,tahun ini mereka cuba kembali aktif bermain di pentas2 GIG mahupun Battel.

Apa yang penting,sama sama kita support band ini.Sekiranya anda ingin mendengrakan single pertama mereka ini,bleh berkunjung ke fan pages mereka iaitu Mereejen.

Kalau bukan KITA,SIAPA lagi kan..:)

Naberius
Ini adalah kali kedua aku buat ENTRI mengenai band Black Metal.Sebelum itu,aku mohon maaf sekiranya ada info yang tak betul.Harap di tegur dan di perbetulkan sahaja.Bukan apa,rasa seperti tidak adil kalau tiada menulis artikel mengenai aliran muzik keras atau Black Metal ini dalam blog ini.Padahal,ada beberapa lagu masuk dalam email aku untuk di kongsikan bersama.Insyallah,akan aku cuba untuk memutarkan lagu lagu Metal ini.Kena ada caranya,sure teda ada masalah tu..:)

Kali ini,aku nak cerita pasal band Naberius.Band ini berasal dari Membakut,Papar.Sebenarnya aku ingin berjinak jinak dengan muzik ini.Namun,yaah memang betul kata pemuzik,kalau tak ada asas atau bukan JIWA METAL,memang susah nak layan ni lagu.Aku akui yang aku memang sukar nak paham.Tapi,tak semestinya aku tak boleh buat artikel.betul tak..

Naberius

Band ini di anggotai oleh lima orang anak muda yang memang menjiwai muzik Metal ini.Mereka adalah Aragonth,Sakhrath,Naminth,Yamullah & Mantdau.Anda boleh lihat sendiri nama nama mereka pun sangat unik.Itu adalah salah satu konsep Metal yang harus ada pada peminat muzik ini.

Baru baru ini aku cuba berhubung dengan salah sorang anggota kumpulan ini.Dan alhamdulillah,dia bersetuju untuk memberikan Single mereka yang berjudul Beyond The Death.Cuma sayangnya anda tidak dapat mendengarkan lagu ini secara terus.Kerana menera tidak mempunyai Myspace.Rasanya mereka perlu menyediakan akaun Myspace untuk peminat peminat mereka mendengar lagu mereka.On going lah bah tu kali,so,u all rilex jak aaah...:)

Buat masa ini,rasanya mereka lebih aktif bermain GIGS di pentas pentas yang berteraskan muzik Metal atau Hardcore.Sekiranya anda ingin mengenali band ini,sila kunjungi fan pages mereka iaitu NaberiuS di Facebook.