Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts


MISSION COMPLETE, itulah yang saya dapat katakan terhadap aktiviti yang baru berlangsung pada Jumaat & sabtu yang lepas di Anjung Senja.




JUALAN AMAL TABUNG MANGSA KEBAKARAN TAWAU yang berlangsung pada hari jumaat & sabtu lepas sudah pun selesai. Usaha anak anak muda ini sememangnya harus di jadikan contoh dan semangat untuk jatidiri.Walaupun ianya last minit, namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menyampaikan misi bantuan kepada saudara kita yang di timpa musibah baru baru ini.

Puluhan kotak pakaian, makanan serta barangan lain mereka terima hasil sumbangan orang awam selama 2 hari tersebut.ANJUNG SENJA menjadi saksi, kunjungan orang awam yang ingin turut sama dalam menyumbangkan bantuan.Selain itu, jualan amal juga berlangsung disana. Dimana, hasil jualan tersebut di dermakan kepada mangsa yang terlibat.

foto dari Baco Bece

foto dari Baco Bece

Foto dari Baco Bece
Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan berjaya.Tahiah kepada Sabri Abdul Muin, Mieyla Salam, Apni Rahman, Saipul Senong, Baco Bece dan rakan rakan yang lain.Diharap usaha sebegini akan dapat di teruskan.Tahniah gaiss...:)

Pemenang PRIMA AKUSTIKA 2015 ini semakin hebat dan makin menganas.Dimana, SURIA BUSKER yang berasal dari Sandakan antara artis yang tersenarai membuat persembahan di pentas konsert larian amal 7K anjuran Sutera Harbour.

Acara ini merupakan acara tahunan pusat peranginan atau resort tersebut,Yang mana, pasti ramai peserta yang akan menyertai acara larian amal tersebut.Selain beramal, berlari, para peserta akan di hiburkan dengan persembahan artis artis tempatan.


Sekalung tahunah untuk SURIA BUSKER atas persembahan anda di pentas 7K ini.sememangnya, ini satu pencapaian yang bagus dan cepat.macam saya katakan, nama SURIA BUSKER memang cepat naik dalam tahun ini.Secara tak langsung membawa nama daerah sandakan pada masyarakat sekeliling.Oleh itu, kipidap jo..:)

Bah, untuk planning hujung tahun di Sandakan itu, kasi jadi aah. Masanya SURIA BUSKER mencurahkan bakti di tempat sediri dengan menyediakan exposure pada bakat bakat baru di sana..:)
100 tapak niaga disediakan

Alhamdulilah, syukur atas kelancaran acara Bazzar Music Fest #2 yang lepas.Walaupuan ianya sudah berlansung hampir sebulan lamanya, namun perasaan puas hati tu masih belum sampai ke tahapnya.Disebabkan ada beberapa perkara yang saya dan team lain terlepas pandang.

Ini merupakan penganjuran kali ketiga.Namun, nama BMF ini kami umunkan digunakan sebagai produk tahunan yang menggantikan nama KK BUNDLE FEST.


Seperti yang dijadualkan, acara bermula jam 10 pagi.Namun, keihatan masa tu, ramai peniaga sudah berad di lokasi acara sekitar jam 7 pagi.Almaklumlah, mereka memerlukan masa untuk menyusun barang serta mencari tempat letak kereta.

Sebenarnya, terdapat sedikit masalah yang berlaku semasa acara BMF ini berlangsung.Iaitu pada hari sabtu.Dimana, kami diarahkan oleh pihak pengurusan untuk memindahkan pentas yang sudah di sediakan sejak jam 2am jumaat tu.Siapa sangka, saya di datangi oleh ketua pengawal bangunan serta wakil pengurusan bangunan.Mereka meminta saya membuat dua pilihan sama ada memindahkan pentas ini ke dalam lorong fest atau membatalkan semua acara pentas.Ini berikutan, para peniaga telah membuat aduan yang suasana terlalu bising dan bingit.Di tanbah lagi dengan keadaan crowd di hadapan pentas yang membuat aksi mosh & dive.

Sebenarnya, para peniaga tetap di bangunan tersebut tidak pernah melihat keadaan konsert LIVE STAGE di zaman ini.Mereka menganggap yang band band yang membuat persembahan adalah band yang memainkan muzik muzik di majlis kahwin.

Sebenarnya, masalah ini berpunca dari pihak pengurusan bangunan.kerana mereka tidak membuat MEMO kepada para penyewa bangunan yang hampir dengan lokasi pentas.Padahal, kami sudah memohon tempat serta permit polis telah di luluskan 2 bulan awal sebelum tarikh acara berlangsung.

Mr John (Kokun Studio)

Walaubagaimanapun, kami mengambil langkah positif dan tidak mau memanjangkan perkara ini.Kami akur dengan kemahuan pihak pengurusan bangunan untuk memindahkan pentas & sound sistem di dalam lorong.Proses ini mengambil masa 3 jam lebih untuk selesai.Dimana, pihak penyedia sistem bunyi terpaksa membuat set up semula.

Apa pun, crew crew dari KOKUN STUDIO memang terbaik dan banyak membantu dalam proses pemindahan pentas ini.Ianya memang kerja yang memenatkan.Namun, dapat di selesaikan dalam masa yang terbaik.

Baba Sharin (OTAI Bundle dari KL) & Datuk Taufik (Menteri Belia & Sukan, Sabah)
Siapa sangka, OTAI BUNLe iaitu SHARIN DARUS atau lebih mesra dengan panggilan BABA turut hadir dalam festival kali ini.Saya ingatkan BABA bergurau dengan saya sebelum ini.Dimana, kali pertama, saya bertemu dengan BABA sewaktu majlis pembukaan kedai bundle "KK BUNDLE STORE" di Lido Penampang.Dimana, onwer kedai tu telah menjemput BABA selaku tetamu khas.



BACO BECE BUNDLE menerangkan mengenai barangan VINTAGE yg beliau miliki

Man Sewel (onwer kedai bundle) telah memperkenalkan saya dengan BABA.Dari situlah perkenalan saya bermula.Dimana, saya menjelaskan bahawa saya akan menganjurkan pesta bundle pada bulan Sept ini.Tanpa berpikir panjang, BABA menyatakan dia akan HADIR dan turut berniaga.Fuhhhh, saya macam tak percaya.

Bukan apa, jujur saya katakan saya tak mampu menanggung kos tiket kapal serta penginapan BABA untuk turut memeriahkan BMF #2 tu nanti.BABA menyatakan, dia akan datang sendiri dengan kos sendiri.Serta, dia akan membawa beberapa orang teman seperjuangan dari KL juga.Iaitu WAK JAMILI yang juga seorang peniaga barangan VINTAGE.seangkatan dengan BABA.Saya terharu dan semangat untuk melaksanakan acara BMF ini lebih bersungguh sungguh.



Apa pun, saya nak ucakpan jutaan terima kasih kepada pengaia peniaga bundle, prelove item, clothing brand serta makanan yang sudi menyertai acara BMF #2 ini.Terdapat 100 tapak niaga dan semuanya SOLD OUT.Malah ada beberapa peniaga yang tak sempat masuk berniaga.Insyallah, kami akan tambah lagi bilangan tapak niaga ini di masa akan datang.

Kami juga menerima banyak komen membina serta cadangan dari peniaga peniaga ini melalui kertas Q&A yang kami edarkan.Alhamdulillah, kami akan memperbaiki segala kekurangan serta cuba menambah baik untuk BMF akan datang

Antara crowd yang ada di depan pentas
Mengenai BMF LIVE STAGE pula, saya sendiri seolah tidak percaya dimana kali ini kami mendapat kunjungan dari 5 buah band dari luar Sabah.Iaitu kumpulan SLB (KL), CUPPYCAKES (Kuching), UPTOSIXTEEN (JB), CRAZY GRIZZLY (JB) & SIMPLY SLUMBER (Brunei).


Mereka sudi datang KK untuk mempromosikan ALBUM serta lagu lagu mereka.Siap bawa merch untuk orang orang KK.Bukan itu sahaja, persembahan mereka semua dapat support dari pengunjung yang ada depan stage.Tak sangka, mereka mampu menarik perhatian crowd.siap ada yang naik atas stage lagi. weldone guyzzz, by the way, terima kasih banyak banyak atas kesudiaan pihak anda join event ini.Saya mewakili tenaga kerja onlinefm memohon maaf sekiranya tidak terlayan dan kekurangan semasa anda semua ada di kk.


Akhir sekali, tidak lupa ucapan TERIMA KASIH & TAHNIAH kepada warga kerja onlinefm (Miezam,Paan,Tiff,Cabb,Ash,Keno & Aden) atas kesudia anda semua merialisasikan acara ini.Kalau BMF 1, hanya ada 5 orang crew, kini semakin ramai dan semakin mudah tugasan kita.Semoga anda semua ceria dan enjoy menjadi tenaga sukarela di onlinefm ini.Saya mohon maaf kalau kebajikan anda semausa acara tidak terjaga.

Insyallah, saya akan bekerja keras lagi untuk mencari peluang untuk memperkenalkan ONLINEFM sekitar Sabah.Dan, semestinya,anda adalah pengerak/nadi kepada penganjur yang benrana ONLINEFM.

Tahniah untuk anda semua...

p/s
Isyallah, kita jumpa di Bazzar Music Fest #3 pada bulan Mac 2015.








Sebenarnya perkara ini hanya angan angan saya sejak 3 tahun lalu.Bila mana saya berniat untuk menjemput kumpulan lagenda Sabah iaitu Atomic Power.Tapi, tidak berai nak jumpa mereka apatahlagi nak sediakan budjet untuk panggil mereka LIVE di KK.Confirm,ianya satu perkara yang mustahil.Siapa saya nak invite durang...

Nama mereka sudah tidak asing lagi di bibir pemuzik OTAI.Cakap sahaja, Atomic Power, pasti mereka akan ingat lagu Cinta Benar Cinta & Bertunang.Almaklumlah, ditubuhkan sejak tahun 1978.Sama tahun dengan kelahiran saya.Dan ditubuhkan di kampung halaman saya juga iaitu Sandakan.

Kebetulan pada 31 Ogos & 1 September akan datang, ONLINEFM akan menganjurkan satu program besar iaitu KK Bundle Fest ft Big Jamm 2013.Dimana event ini mempunyai banyak acara dalam 1 event.Antaranya jualan pakaian bundle dan konsert 15 buah band.

Bulan lepas, saya berkesempatan untuk bersua dengan beberapa ahli kumpulan Atomic Power.Siapa tak nerves bila jumpa mereka kan.Ibarat duduk semeja dengan kumpulan search, wings dan lefhanded bah tu.Cuma, yalah atas faktor medium dan kumpulan ini hanya aktif di daerah Sandakan sahaja.Ditambah lagi dengan berita yang kita sedia maklum iaitu founder kumpulan ini telah meninggal dunia pada tahun lepas.Mungkin, mereka ingin berehat sekejap.



Tetapi, bila mana ada majlis kahwin atau live band show, mereka pasti akan kelihatan di pentas.Cuma, memang terasa sedikit bila posisi pemain gitar utama & vox sudah lain.Kemerduan suara arwah dan teknik bermain gitarnya memang sukar di cari ganti.Akan tetapi, kumpulan Atomic Power menggunakan penyanyi sessionist iaitu DIDIE.Vokalis kumpulan Albab Band.

So, bila mana saya membentangkan paperwork yang terteramain act "Atomic Power", rasa happy dan ceria kelihatan di muka abang bong yang sekarang ini memikul tanggungjawab sebagai ketua bagi kumpulan Atomic Power.Dia berkata "kenapa pilih Atomic Power bro?"...

Saya dengan confidenya menjawab, saya nak tampilkan sebuah band yang harus di contohi oleh band band indie yang tumbuh bagai cendawan sekarang ini.Saya nak mereka mencontohi komitmen serta kesungguhan kumpulan Atomic Power yang masih GAH di persana muzik Sabah.Walau pun sudah mencecah usia 35 tahun, dan barisan line up juga sudah baru.Difahamkan line up yang ada sekarang ini adalah genari yang ke3.

Alhamdulillah, abang bong telah bersetuju untuk untuk membawa kumpulannya iaitu Atomic Power untuk naik ke KK pada 1 September 2013 akan datang.Mereka akan sampai di KK pada tanggal 31 ogos,sebelah petang.Insyallah, sama sama kita doakan keselamatan kesemua ahli kumpulan ini agar selamat sampai ke Kota Kinabalu dan menghiburkan peminat peminat mereka yang pastinya rindu akan lagu lagu nostalgia mereka.



Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Atomic Power membuat konsert di KK adalah pada tahun 2000 di Padang Merdeka.Kalau tidak silap, sempena sambutan Hari Kemerdekaan.Kini tahun 2013 akan menjadi saksi dimana kehebatan Atomic Power masih lagi berbisa dan pastinya peminat peminat mereka tidak sabar sabar untuk menyaksikan mereka beraksi di pentas BIG JAMM 2013.

OnlineFM, selaku penganjur sedang giat mempomosikan acara ini di sekitar KK.Tidak dilupakan juga di beberapa daerah.Antaranya Keningau, Sandakan, Tawau serta Ranau.Ini untuk memberitahu kepada peminat peminat mereka yang ATOMIC POWER akan membuat konsert di KK.

Insyallah, kami di pihak penganjur sedang bertungkus lumus untuk mencari DANA/SPONSER untuk membiayai kos perjalanan mereka dari Sandakan ke Kota Kinabalu.Sekiranya tidak ada pihak yang tampil untuk menghulurkan bantuan, kami akan menggunakan kemampuan yang ada.


p/s
Mohon bantuan ANDA (pembaca artikel ini) untuk menghebahkan dengan sesiapa sahaja yang kenal Atomic Power untuk hadirkan diri sewaktu konsert mereka di KK pada 1 september akan datang.


Pada mulanya memang kami (OnlineFM) nak berehat dari melibatkan diri dari sebarang penganjuran program.Akan tetapi, saya didatangi oleh Perfect Picture iaitu penganjur utama bagi program BORNEO BEACH KARNIVAL.Mereka ingin meminta bantuan dari segi pengisian hiburan.

Bak kata pepatah,pucuk dicita,ulam mendatang.Tanpa berfikir panjang,saya terus memberikan segala INFO yang mereka perlukan.dari segi penyedia sistem bunyi, band band indie untuk membuat persembahan secara LIVE.Dan akhir sekali mereka menyediakan slot 2 jam untuk persembahan 20 buah band berbentuk akustik.

Nahhh,apa lagi,saya terus membuka slot pada masa info tu saya terima.Kurang dari 2 hari,slot sebanyak 20 tersebut dah penuh.Kebanyakkan yang mendaftar adalah band projek dan ada juga kelihatan muka muka baru dalam kumpulan tersebut.Itu tidak menjadi hal,yang penting peluang mereka dah ada depan mata.Hanya memastikannya digunakan sebaik mungkin.

Cuma,ada sedikit kekecewaan bagi kami (onlinefm) dimana ada beberapa buah kumpulan tidak hadir tanpa sebarang sebab.Ini bukan 1st time kami hadapi tetapi boleh dikatakan masalah wajib bagi mana mana penganjuran.Akan tetapi,terpaksa terima jugaklah dan terpaksa ubah jaual kepada plan B.Diharap benda ini tidak terjadi di masa akan datang.Harap sangat...

Antara muka baru yang membuat persembahan pada acara Borneo Beach Karnival beberapa hari lepas adalah:-

Corella Attack

RocAsia


The New Legacy


Senandung

Haaa itulah antara muka muka baru dalam muzik scene di Kota Kinabalu.Ternyata mereka tidak melepaskan peluang ini dimana mereka telah menghiburkan pengunjung yang ada di sekitar kawasan event.Inilah yang kita harapkan kepada kesemua band band baru mahupun band lama.

Walaubagaimanapun, ini adalah pembukaan yang bagus untuk band baru ini.Mereka sudah ada yang kenal dan saling bertukar tukar maklumat.Dan yang paling best sekali, ada band band baru ini telah mempersembahkan lagu ciptaan sendiri yang mana lagu mereka amat bagus dan memang perlukan pendedahan di media massa.

Teruskan usaha anda untuk menaikkan nama band anda.Tidak kiralah dengan apa cara sekali pun.Yang penting jangan putus asa  dan teruskan support each other.Cuba berhubung dengan fans anda melalui laman sosial.Melalui cara tersebut anda dapat memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan.Siapa tahu,suatu hari nanti band anda dah mula dikenali sekitar Sabah.Insyallah..:)













Inilah event yang telah berlansung baru baru ini di Padang Bandaran Sandakan.Beberapa minggu sebelum ni,pihak pnganjur telah memberi kepercayaan kepada OnlineFM untuk mengendaikannya.Akan tetapi, kami telah mempunyai komitment lain di Kota Kinabalu pada masa yang sama.Justeru itu,untuk tidak menghampakan penganjur,saya telah menghubungi beberapa orang yang rasanya dapat memeriahkan pogram ini.

Alhamdulillah,akhirnya dengan kerjasama beberapa pihak antaranya Creative Management Studio dengan kerjasaman Majlis Perbandaran Sandakan telah berjaya menyediakan pentas untuk belia belia pemuzik sekitar daerah tersebut.Penganjuran ini merupakan titik permulaan keberanian mereka tampil di khalayak ramai untuk mempersembahankan karya serta musik mereka.

Antara kumpulan yang telah membuat persembahan adalah:-

The Fly Band
The Mines

   Apa pun, tahniah diucapkan kepada mereka yang telah menjayakan event ini.Walaupun masa yang diberikan amat singkat,namun penganjuran ini telah berjaya secara keseluruhannya.Diharap belia belia pemuzik sekitar Sandakan akan terus mencari peluang untuk tampil kehadapan dan memeriahkan bandar sandakan dengan lagu lagu yang mengikut trend masa kini.