Showing posts with label Album. Show all posts
Showing posts with label Album. Show all posts

Saya kenal band ini hampir 3 tahun lagi.sejak kali pertama mendekatkan diri dengan band band sekitar keningau.Lagu lagu yang mereka sering bawa sewaktu persembahan memang bagus dan berkualiti.Bila di tanya, bila mau kasi keluar album, jawapan mereka "masanya akan tiba"..


Akhirnya, penghujung tahun 2015 yang lepas, lahirlah sebuah album sulung kumpulan HONEST.Dimana didalam album itu memuatkan 8 track.Hasil usahasama dengan North Borneo Event & RnR Group Corporation.

Judul album ini adalah SEPARUH HIDUPKU yang mana ianya menjadi lagu dalam track pertama di dalam album ini.Difahamkan, sejak hari pertama, hampir 300 unit sudah terjual sekitar daerah Keningau, Tambunan & Tenom.




sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah,sejak kebelakangan ini dah makin ramai saya lihat kebangkitan band band baru dalam industri muzik tempatan terutamnay di Sabah ini.Antaranya band yang berada sekitar daerah Sandakan,Tawau,Lahad Datu mahupun Kota Kinabalu.Ini merupakan tanda tanda sihat dimana belia belia kita dah mula menjauhi aktiviti kurang sihat dan cuba berjinak jinak ke bidang yang berfaedah dan ada masa depan iaitu berkarya melalui muzik.

Cuma,yang ingin di tekankan di sini adalah semangat dan kemampuan anda untuk menghasilkan sesebuah karya itu bergantung pada kualiti bunyi lagu tersebut.Seperti yang kita sedia maklum,setiap kualiti ada beza dari segi penghasilannya.Iaitu DEMO,SINGLE & ALBUM dan sudah tentu setiap kualiti kualiti ini memerlukan kos yang boleh dikira hebat juga.Apa lagi bagi mereka yang tidak ada pekerjaan tetap,tapi semangat untuk berkarya tetap tinggi.

Saya mensyorkan pada mereka yang masih baru dalam penghasilan lagu supaya mendapatkan khidmat nasihat dari mana mana syarikat rakaman yang anda kenal.Saya percaya dan yakin,mereka mereka ini yang dikenali sebagai SOUNDENGINEER ini akan memberikan tunjuk ajar dan nasihat bagi mereka yang kurang pengetahuan dalam penghasilan sesebuah lagu.

Terdapat banyak studio rakaman sekitar Kota Kinabalu ini dan anda boleh bertanyakan kepada tuan punya studio berkenaan harga sesebuah proses rakaman mahupun khidmat nasihat.Pada yang dah mempunyai lebih dari 2-3 buah lagu dalam bentuk DEMO,supaya cuba mengeluarkan sedikit kos untuk menghasilkan SINGLE.Bukan apa,zaman sekarang ini,pendengar mahupun sesiapa saja akan menilai sesebuah band itu melalui kualiti lagu lagu mereka selain dari mutu persembahan di atas pentas.


 GAYA STREET album launching by JIAJA
 Pada hari sabtu yang lepas 30.10.2010 dalam jam 7.30mlm seperti yang di jangakan kumpulan muzik tempatan yang di kenali dengan lagu KURA KURA ini telah muncul di khalayak ramai.Bertempat di Damai Kopitiam yang dulunya di kenali sebagai Olde Kopitiam.Saya sempat bertanya kepada tauke kedai tersebut,berapa oranglah kalau full ni kedai?tauke tu cakap,sikit jak bha,adalah dalam 150 orang.SIKITTTTTTTTTTT?,waiiinahhh,many people bah itooo...:)

Mana tidak,sampai ada yang berdiri diluar untuk menyaksikan persembahan kumpulan JIAJA ini.Mereka membawakan dalam 10 buah lagu untuk memenuhi permintaan peminat mereka yang ada di majlis tersebut.Dan pelancaran album mereka di rasmikan oleh seseorang VVIP yang aku tahu namanya Moses De Silva.Cool juga mamat ni,support sama muzik indie..


Aku terkejut juga bila melihat EMCEE pada malam itu adalah anak didik aku sendiri iaitu Dj Jason.Yang suatu kenita pernah menjadi penyampai di radio online SABAHAN.FM !siukk bah didengar~.tetapi,agak sibuk kebelakangan ini atas urusan kerja yang menkehendaki beliau INN OFF antara Sabah & semenanjung Malaysia.So,pihak pengurusan SABAHAN.FM memahaminya..:)

Apa tidaknya,Jason jadi EMCEE sure mantap lagi la majlis malam tersebut.Ditambah lagi dengan gelagat Drummers kumpulan Jiaja iaitu KARUK.Dia sendiri menyanyikan beberapa bauh lagu untuk hiburan pada malam tersebut.Sampai buli dikira dia pun dah jadi vokalist pada malam tersebut.Sampai lagu CINA pun dia nyanyi juga.Atas sebab hadirin yang ada pada malam itu dari dari pelbagai bangsa & agama.1Malaysaialah katakan....:)

Backdrop pada malam tersebut

Sebagai tetamu dan peminat kumpulan JIAJA,amat tidak rugilah dengan membayar RM25 sebagai tikit masuk untuk melihat persembahan mereka.Ianya termasuk makan & minum yang di sediakan oleh Damai Kopitiam.Disertakan dengan Minuman panas lagi dan termasuk CD Album kumpulan Jiaja.Tidak lupa juga,Jiaja menyediakan CUP CAKE yang limited edition untuk tetamu pada malam tersebut.Ianya di sediakan oleh keluarga kumpulan Jiaja selaku tulang belakang mereka di dalam persada seni.

Seperti yang di janjikan,apabila sahaja bunyi KEYBORD iaitu intro lagu KURA KURA,para tetau semuanya bersorak dan menyanyi bersama sama mereka akan lagu berhantu tersebut.Apa tidaknya,lirik lagu tersebut menceritakan mengenai binatang perliharaan Jie selaku vokalist kumpulan ini.Hingga menjadi siulan dari perbagai peringkat usia.Bukan sahaja kanak kanak,Bapak anak2 pun tidak ketinggalan juga bersiul akan lagu KURA KURA ini.

inilah yang di harapkan kepada band band tempatan lain.Jadikan Kumpulan JIAJA ini sebagai IDOLA anda dalam memartabatkan industri muzik tempatan.Dan janganlah anda membanding banding kan anta kumpulan yang ada di Malaysia mahupun Sabah.Masing masing ada konsep atau genre dalam muzik yang di pertaruhkan.Sama samalah kita memperkembangkan muzik tempatan ini tidak kira di mana jua anda berada.Apatah lagi di zaman IT yang tiada sempadan.

Pelbagai radio Online telah ditubuhkan di Sabah ini untuk jadi perantara ANDA untuk memperg\dengarkan lagu lagu ciptaan anda.Antaranya radio online No1 di Sabah iaitu SABAHAN.FM.Mereka senantiasa membantu  bakat bakat baru dengan memainkan lagu lagu mereka secara percuma.Demi memeriahkan dan memperkenalkan BAND anda di telinga pengguna Internet.terutamanya FACEBOOK.

p/s
Sila hantarakan lagu2 anda melalui email 
djsabahanfm@sabahan.net
langau@sabahan.net
langau78@gmail.com









Ada dua ekor kura kura berenang di dalam air
satu berenang pigi sana satu datang pigi tempat aku
aku mau ambil dia terus kasi masuk dia punya kepala
tangan dan kaki dan juga ekor dia pun terus masuk rumah
#
Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Aku ketuk dia punya rumah dia nda mau keluar
aku bilang jangan malu kau bukan telanjang disitu...oh yeah

(ulang #)

Aku simpan balik dia di dalam air dia terus keluar
Dia berenang jauh-jauh mungkin pigi tempat kawan dia
aku nda tau apa dorang bilang tapi dia datang balik
aku tinguk muka dia macam dia senyum sama aku



Itu adalah lagu yang sentaia kedengaran di corng corong radio frekuensi ataupun online.Lagu yang bertajuk KURA KURA yang di nyanyiakn oleh kumpulan JIAJA.jangankan budak budak,orang dewasa pun suka dan layan lagu ini.termasuk babu babu atau pakcik pakcik,betul tak...


Oklah,setelah sekian lama menunggu,maka termaktublah tarikh perlancaran Album JIAJA ini yang akan berlangsung di:-


Tempat:- Damai Kopitiam (Bekas Olde Kopitiam,Damai Point)
Tarikh:- 30hb Oktober 2010
Masa:- 7 malam
Tikit:- Rm25 (termasuk makan minum serta CD)


Inilah masanya anda membawa teman teman anda untuk menyaksikan perlancaran album mereka di Damai,luyang ini.harga tikit tersebut termasuk makanan,minuman serta sekeping CD dari Album ini.Tikit tikit ini boleh di perolehi di HOMETOWN BISTRO Centre Point iaitu Tingkat 3.


Dan jangan lepaskan peluang untuk mendekati kumpulan Jiaja ini dengan mengambil gambar mereka bersama anda serta rakan taulan anda.Sememangnya kehadiran anda amat di nantikan bagi memerioahkan majlis perlancaran album mereka ini.Semestinya kita akan di hiburkan dengan lagu wajib mereka itu tak lain dan tak bukan iaitu KURA KURA.So,jumpa di sanaaaaaaaaaa


p/s
Bah,pada yang belum pernah dengar lagu mereka KURA KURA,check this out & enjoy.Kita nyanyi sama sama aah..


Just now angle selaku pengurus bagi band ini telah membuat pangillan kepada saya dan menyatakan bahawa ARIEZ akan lounching albun next week.Macam indak percaya juga mulanya.Tetapi,setelah melihat flyers ini,barulah saya percaya akan kesahihan info darinya.Jangan mare aah sis...hehehehe


Setelah sekian lamanya menanti kemunculan kumpulan yang famous dengan lagu KALIMA CINTA iaitu ARIEZ,akhirnya mereka telah membuat keputusan untuk memilih tarikh 21 September 2010 sebagai tarikh keramat bagi perlancaran album SULUNG mereka.Lagu ini sering kali di putarkan di SABAHAN.FM serta SuriaFM sebagai tanda menyokong lagu lagu tempatan Sabah.

Bertempat di Dewan Serbaguna DBKK,Kingfisher Likas mereka akan melancarkan album ini.Semestinya peminat peminat mereka telah lama menunggu akan album ini.Apatah lagi si PROPS selaku vokalist bagi kumpulan ini yang mempunyai suara ala-ala  INDONESIAN (bagi aku la).

The Ariez
Pada masa ini,RTM akan membuat siaran secara lansung dalam segmen LAMBAI LIMBAI.Cuma rasanya pihak kami SABAHAN.FM tak dapat buat liputan kerana masa ini adalah masa bekerja dan mostly all crew & dj2 Sabahan.FM sedang bertugas.

Kami memohon maaf atas tak dapat membuat liputan secara LIVE atau hadir ke majlis ini.Tapi,akan di cuba untuk ESCAPE dari my office la.Harap harap boss tiada di pejabat mama ini.heheheheh

Ariez
Kami (SABAHAN.FM) mendoakan agar perlancaran ALBUM ini berjalan dengan lancar.Dan sudikanlah mengtagg sebarang gambar masa acara berlangsung.Kami juga igin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang selana ini telah terjalin antara ARIEZ sama ada secara langsung mahupun tak langsung.

Kami sangat sangat berharap agar akan lebih banyak lagi BAND2 yang akan mengikut jejak langkah seperti ARIEZ dalam industri muzik di Negeri Sabah ini.Walaupun aliran muzik bawah tanah agar kurang dapat sambutan,namun ianya tidak menjadi penghalang bagi BAND2 yang ingin meneruskan perjuangan mereka di dalam bidang muzik ini.