Alhamdulillah, akhirnya jodoh mu telah sampai NAI. Ko sudah bergelar suami kepada seorang wanita NAI. Tahniah dan selamat pengantin baru saya ucapkan. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Insyallah, majlis persandingan yang bakal berlangsung pada awal bulan hadapan tu nanti akan meriah. kalau dapat, ko set up lah JAMMING STAGE nanti...:)

Tanggal 4 Oktober 2016 yang lepas, kita di kejutkan dengan berita pemergian seorang lagenda pemain drum yang berasal dari daerah Tuaran iaitu BRADER AZIZ. Siapa tidak kdenal dengan nama BRADER. Pastinya ratusan anak anak muzik sekitar daerah tuaran mahupun Sabah kenal dan segan dengan arwah. Dimana, beliau antara pemuzik yang tidak pernah lokek dengan ilmu, khususnya bermain drum.


nama BLUE JEANS merupakan sebuah nama kumpulan muzik yang di segani di awal tahun 80an. Dimana, pentas KUGIRAN telah mereka monopoli hingga dapat peluang ke semenanjung malaysia. Namun, kali terakhir mereka naik ke pentas pada tahun 1986.


Saya sendiri telah mendapat peluang menyaksikan BLUE JEANS membuat persembahan di dalam program yang kami selengarakan pada hujung tahun lepas dan kali terakhir pada bulan Mac 2016 lepas iaitu BAZZAR MUSIC FEST 5. Dimana, headline pada malam konsert LIVE STAGE tersebut adalah BLUE JEANS. Hampir 400 orang menyaksikan kemunculan semula kumpulan lagenda ini.



Rupanya, itulah kali terakhir saya bersua muka dengan brader aziz. Saya sempat di beritahu bahawa brader suka minum redbull sebelum dia show. Jadi, saya bergegas membelikan brader 3 tin redbull. ternyata, sentuhan drum solo yang mengambil masa 15-20min tersebut adalah peak moment pada malam persembahan BLUE JEANS di pentas BMF5. Ternyata, brader seorang pemain drum yang sukar di cari ganti. Saya pasti, ramai anak anak murid brader aziz akan merasai kehilangan ini.

namun, pesanan beliau selepas dia buat show pada malam itu adalah "JANGAN TINGGAL SOLAT & SELALU BERSEDEKAH DI MASJID WALAUPUN SERINGGIT"....Terima kasih brader atas pesanan terakhir ini.

 Al- Fatihah buat brader Aziz...

SEROJA BAND adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Pantai timur Sabah iaitu daerah Kinabatangan. Jarak daerah tersebut dari bandaraya Kota Kinabalu sekitar 300 lebih kilometer. Sememangnya satu jarak yang memang jauh.

Namun itu bukannya menjadi penghalang kepada anak jati kelahiran Kinabantang ini. Dimana, dengan mempunyai minat yang sama dalam muzik, maka tertubuhlah sebuah kumpulan muzik yang bernama SEROJA.

Mulanya berjinak jinak dengan menyediakan perkhidmatan penyewaan sound sistem, hinggalah membuat persembahan di majlis kahwin. Kini kumpulan ini sudah mempunyai lagu ciptaan sendiri yang berjudul RASA CINTA,

Bukan setakat itu sahaja, kumpulan ini juga sudah mempunyai klip vedio mereka sendiri yang sudah pun berada di YOUTUBE sejak Mac 2016. Kini jumlah penontonnya mencecah 1000 orang.

Oleh itu, apa kata anda lihat dan boleh beri komen tentang lagu ciptaan band pantai timur sabah ini..


Jennifer Thompson
Siapa tak kenal dengan nama Jennifer Thompson kan. Nama besar dalam industri muzik di Malaysia bah tu. kena lagi, satu satunya orang yang sentiasa memberikan sokongan pada terhadapat aktiviti band band lokal sekitar Malaysia dengan menggunakan medium media sosial.

Minggu lepas, dia berada di Kota Kinabalu bagi mengendalikan sebuah program perkongsian ilmu iaitu VOCAL FESTIVAL KK. Yang mana program ini di anjurkan oleh SPARKS. Ramai peserta yang mebngikuti kelas bimbingan mengenai vokal ini. Berlangsung di SIA kolej (KK Times Square).

Pada malam hari pula, dengan inisiatif producer yang juga dikenali ramai iaitu Chris Pereira, telah berlangsung juga sessi perkongsian ilmu muzik oleh Jennifer Thompson. Dimana, peserta yang hadir 100% adalah pengiat muzik underground. Cuma saya jak yang mewakili pihak penganjur dan media. Bukan apa, nak juga tahu sedikit sebanyak mengenai bidang muzik yang menjurus ke dalam landasan perniagaan ini kan.

Dengan muzik, kita dapat juga menjana pendapatan berdasarkan kekuatan daya tahan hati dan kesabaran yang tinggi. Banyak info yang di pelajari selama 2 jam setengah itu. Terutamanya hala tuju sesebuah band/pemuzik masa kini. dari cara pengeluaran cd, hinggalah cara nak promote band di publik.

Apa pun, masa agak singkat dan jumlah yang menyertai slot ini agak limited. Mungkin atas sebab masa dan venue yang amat terhad. Lagipun dalam bulan puasa. tapi, chris, terima kasih atas peluang ini.

Insyallah, ini bukan penghujung program. dimana saya dan team onlinefm akan cuba menganjurkan nya untuk kali kedua. Dimana, dalam perancangan pada 1 oktober akan datang. tempaat dan masa akan kami umumkan kemudian. kepada yang berminat, boleh kontek dan tempah seat seawal mungkin.

bukan senang dapat inlu dari orang yang handle AIM 15 tahun ni...:)

p/s
Antara yang hadir  kump chug on deck, me gusta, versatile, dan beberapa orang lagi. Tidak ketinggalan, Nuk@shockwave.